Probiotik untuk penghidap fibrosis sista

Soalan Ulasan

Kami mengulas bukti untuk penggunaan probiotik dalam penghidap fibrosis sista.

Latar belakang

Fibrosis sista membawa kepada mukus tebal yang memberi kesan kepada paru-paru, usus dan organ lain. Penghidap fibrosis sista sering mengalami perubahan bakteria perut dan keradangan usus. Keradangan perut boleh dikaitkan dengan pertumbuhan, dengan keradangan yang lebih teruk dikaitkan dengan langkah-langkah pertumbuhan yang lebih teruk. Ini adalah relevan kerana nutrisi dan pertumbuhan yang optimum adalah penting bagi fungsi paru-paru dan kelangsungan hidup di CF.

Probiotik adalah bakteria hidup yang akan memberikan manfaat kesihatan kepada individu. Probiotik boleh didapati di kaunter, biasanya digunakan oleh penghidap fibrosis sista dan boleh meningkatkan keradangan perut dan kesihatan secara keseluruhan.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 20 Januari 2020.

Ciri-ciri kajian

Ulasan memasukkan 12 kajian terkawal rawak (11 telah selesai dan satu protokol ujian (pelan) - ujian ini telah ditamatkan awal tetapi melaporkan keputusan tentang kesan sampingan) dengan 464 penghidap fibrosis sista. Lapan ujian melibatkan hanya kanak-kanak, manakala empat ujian melibatkan kedua-dua kanak-kanak dan orang dewasa. Ujian-ujian berlangsung di antara satu dan 12 bulan. Lapan ujian menggunakan probiotik dengan bakteria tunggal dan empat ujian menggunakan probiotik dengan dua atau lebih jenis bakteria. Hanya satu ujian membandingkan bakteria yang berbeza dan lain-lain membandingkan probiotik dengan plasebo (rawatan dummy tanpa ubat aktif).

Keputusan utama

Probiotik boleh mengurangkan kadar keterukan pulmonari, walau bagaimanapun, ini adalah tidak jelas; keterukan pulmonari adalah peristiwa di mana gejala pernafasan semakin teruk (misalnya, batuk yang meningkat, kahak atau sesak nafas) dan fungsi paru-paru menurun. Probiotik boleh mengurangkan penanda keradangan perut yang dipanggil calprotectin, walau bagaimanapun, manfaat ini kepada individu adalah tidak diketahui. Tiada perbezaan antara probiotik dan plasebo bagi ketinggian, berat badan atau indeks jisim badan (BMI). Keputusan tidak menunjukkan bahawa probiotik memberi kesan kepada fungsi paru-paru, keperluan untuk dimasukkan ke hospital atau gejala abdomen. Satu ujian kecil mengukur kualiti hidup dan soal selidik ibu bapa yang menyukai probiotik, tetapi laporan kendiri kanak-kanak tidak menunjukkan perbezaan antara probiotik dan plasebo. Probiotik boleh menyebabkan muntah, cirit-birit dan reaksi alahan. Kami menganggarkan 52 orang perlu mengambil probiotik untuk satu orang untuk mempunyai peristiwa yang buruk.

Kita tidak dapat menganalisis keputusan ujian yang membandingkan probiotik yang berbeza kerana reka bentuknya.

Ujian masa depan harus melihat ke dalam penggunaan probiotik untuk sekurang-kurangnya 12 bulan dan menilai pengukuran tentang kesihatan paru-paru dan perut, pertumbuhan, gejala abdomen, kualiti hidup dan peristiwa buruk. Memandangkan pelbagai jenis probiotik (tunggal atau strain kombinasi), dos yang digunakan dan tahap keberkesanan, menentukan regimen terbaik untuk dikaji lebih lanjut akan jadi mencabar.

Kepastian bukti

Terdapat beberapa isu dengan kepastian keseluruhan tentang bukti yang menjejaskan keyakinan kami terhadap keputusan daripada ujian-ujian ini. Kami fikir bahawa sesetengah peserta tidak melengkapkan rawatan mereka atau tidak dirangkumkan dalam laporan boleh menjejaskan keputusan berat badan. Kami fikir hakikatnya bahawa tidak semua hasil yang dirancang telah dilaporkan dalam empat ujian boleh menjejaskan keputusan keradangan usus, pertumbuhan dan gejala abdomen. Kami fikir hakikatnya bahawa industri farmaseutikal menaja sekurang-kurangnya empat ujian perlu dipertimbangkan apabila melihat keputusan ulasan ini. Oleh kerana kebanyakan ujian hanya memasukkan kanak-kanak kami tidak pasti bahawa keputusan ini juga berkait dengan orang dewasa dan terdapat juga beberapa isu yang berkaitan dengan sama ada orang yang mengambil bahagian dalam ujian tahu tentang rawatan mana yang mereka terima.

Kami menilai kepastian bukti terhadap perubahan dalam keterukan pulmonari, keradangan usus, fungsi paru-paru, kemasukan ke hospital, berat dan kualiti kehidupan yang berkaitan dengan kesihatan sebagai rendah. Peristiwa buruk hanya direkodkan oleh empat ujian dan protokol untuk ujian yang telah ditamatkan dan kepastian buktinya juga dinilai sebagai rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information