Perbandingan antara pemberian semula makanan dan membuang sisa gastrik untuk meningkatkan pertumbuhan dalam bayi pramatang

Terjemahan ini tidak dikemas kini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan.

Soalan ulasan

Adakah pemberian semula makanan aspirate perut dalam bayi pramatang menggalakkan tumbesaran tanpa menyebabkan masalah pemakanan?

Latar belakang

Pemantauan aspirate perut untuk membuat diagnosis tidak toleran dalam pemakanan dan necrotising enterocolitis adalah satu amalan yang biasa untuk bayi pramatang yang makan melalui tiub. Tidak ada konsensus sama ada untuk memberi semula makanan atau membuang aspirate perut. Walaupun memberi semula makanan dari aspirate perut boleh menggantikan susu yang telah dicerna sebahagiannya dan rembesan saluran pencernaan penting untuk kematangan saluran pencernaan, pemberian semula makanan aspirate yang tidak normal boleh menyebabkan muntah, necrotising enterocolitis, atau sepsis. Kami telah mencari bukti daripada kajian-kajian klinikal yang menilai sama ada pemberian semula makanan aspirate perut bermanfaat atau berbahaya bagi bayi pramatang.

Ciri-ciri kajian

Carian kajian-kajian yang teliti adalah terkini sehingga Februari 2018. Kami mendapati hanya satu kajian kawalan rawak kecil (dengan 72 bayi pramatang) yang merujuk kepada soalan ini.

Keputusan-keputusan utama

Kami tidak pasti sama ada pemberian semula makanan aspirate perut mempunyai kesan ke atas hasil-hasil penting seperti jumlah kejadian necrotising enterocolitis, kematian sebelum keluar dari hospital, tempoh masa untuk mendapatkan kembali berat lahir, tempoh masa untuk mencapai pemakanan enteral penuh, tempoh nutrisi parenteral dan tempoh tinggal di hospital.

Kualiti bukti

Bukti yang sedia ada tidak mencukupi untuk menyokong atau menyangkal pemberian makanan semula aspirate perut dalam bayi pramatang. Lebih banyak kajian diperlukan untuk memeriksa sama ada pemberian semula makanan aspirate perut bermanfaat atau berbahaya dalam bayi pramatang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nor Faezah Binti Zainudin (RCSI & UCD Malaysia Campus (sebelum ini dikenali sebagai Penang Medical College)). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi faezah@ms.pmc.edu.my