Pengeluaran surgikal rahim dan tiub fallopio dibandingkan dengan pengeluaran surgikal rahim tanpa tiub fallopio untuk mencegah kanser ovari

Soalan ulasan

Para penyelidik Cochrane telah mengulas bukti kesan pengeluaran rahim melalui pembedahan (histerektomi) bersama-sama dengan tiub fallopio (salpinjektomi) dibandingkan histerektomi tanpa salpinjektomi untuk pencegahan kanser ovari.

Latar belakang

Kanser ovari merupakan sejenis kanser sistem reproduksi betina yang membawa maut. Pemeriksaan saringan untuk kanser ovari adalah tidak berkesan, maka langkah-langkah pencegahan amat diperlukan. Daripada kajian-kajian yang lalu, kami mempelajari bahawa kebanyakan jenis kanser ovari muncul dalam tiub fallopio. Oleh sebab itu, pengeluran tiub fallopio (salpinjektomi) sewaktu histerektomi mampu menurunkan risiko kanser ovari. . Tiub fallopio tidak mempunyai fungsi selepas tamatnya jangka perancangan keluarga, dan salpinjektomi adalah mudah untuk dilaksanakan.

Oleh kerana salpinjektomi merupakan satu langkah pencegahan, salpinjektomi sepatutnya tidak mempunyai kesan-kesan sampingan atau risiko. Apabila mengambil kira risiko-risiko kemungkinan salpinjektomi, ini boleh mendorong kepada kadar komplikasi yang lebih tinggi disebabkan satu langkah pembedahan tambahan yang perlu dilaksanakan. Risiko kemungkinan lain boleh jadi permulaan menopaus yang lebih awal. Ovari-ovari dan tiub-tiub fallopio berlokasi rapat dengan satu sama lain, dan sebahagiannya menerima bekalan darah yang sama. Pembedahan pada tiub fallopio dapat memusnahkan sebahagian bekalan darah ke ovari-ovari. Kemusnahan ini dapat menyebabkan permulaan menopaus pada umur yang lebih awal. Simpanan ovari boleh diukur melalui kepekatan hormon perencat Müllerian (AMH) dalam darah. Semakin berumur wanita dan mendekati menopaus, kepekatan AMH semakin berkurangan.

Bagi menyiasat keberkesanan dan keselamatan salpinjektomi untuk pencegahan kanser ovari, kami membandingkan risiko-risiko dan manfaat-mafaat histerektomi dengan salpinjektomitomi kepada histerektomi tanpa salpinjektomi.

Ciri-ciri kajian

Kami menemui tujuh percubaan rawak terkawal rawak yang membandingkan histerektomi dengan salpinjektomi kepada histerektomi tanpa salpinjektomi. Mereka melibatkan sejumlah 350 wanita yang menjalani histerektomi bagi keadaan-keadaan laluan reproduksi wanita yang tidak berbahaya. Bukti adalah terkini sehingga Januari 2019.

Keputusan-keputusan utama

Kami mendapati tiada kajian yang melaporkan pengalaman kejadian kanser ovari selepas histerektomi dengan salpinjektomi berbanding dengan histerektomi tanpa salpinjektomi.

Jumlah komplikasi yang berlaku setelah histerektomi umumnya sangat rendah. Ini bermakna bahawa hanya beberapa komplikasi berlaku dalam kajian-kajian yang disertakan dalam ulasan ini dan kami tidak dapat membuat perbandingan yang baik antara kadar-kadar komplikasi.

Kami mendapati tiada bukti untuk apa jua perbezaan dalam permulaan menopaus selepas histerektomi dengan salpinjektomi. Keputusan-keputusan kami mencadangkan bahawa kepekatan AMH setelah histerektomi dengan salpinjektomi boleh jadi antara .89 pmol/L lebih rendah 1 dan 0.01 pmol/L lebih tinggi daripada selepas histerektomi tanpa salpinjektomi. Perbezaan minima dalam kepekatan AMH (0.01 pmol/L) menunjukkan tiada perbezaan dalam permulaan menopaus. Perbezaan maksima taraf kepekatan AMH (1.89 pmol/L) menunjukkan bahawa menopaus boleh terjadi sehingga 20 bulan lebih awal selepas histerektomi dengan salpinjektomi berbanding dengan histerektomi tanpa salpinjektomi. Keputusan ini dikira daripada purata penurunan AMH setiap tahun.

Kualiti bukti

Bukti tersebut adalah berkualiti sangat rendah hingga rendah. Batasan utama bukti ini adalah bilangan komplikasi yang rendah, bermakna tiada perbandingan dapat dibuat, dan perbezaan dalam langkah-langkah hasil-hasil kajian yang dilibatkan. Tambahan pula, bilangan jumlah kajian terlibat dan bilangan wanita yang turut serta adalah rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Denise Chai (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Fairuz Fadzilah Rahim (RCSI & UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi denisechai@ms.pmc.edu.my

Tools
Information
Share/Save