Ubat antiradang untuk mencegah kejadian jantung utama dan strok selepas strok iskemia (strok akibat daripada darah beku) atau strok kecil

Soalan ulasan
Adakah ubat antiradang mempunyai peranan dalam mencegah keadaan jantung atau strok yang serius pada masa depan dalam kalangan orang yang sebelumnya mengalami strok atau serangan iskemia sementara (TIA, atau ‘stroke kecil’) akibat daripada darah beku?

Latar belakang
Ubat antiradang digunakan untuk mengurangkan peradangan dalam beberapa keadaan keradangan. Peradangan mungkin boleh terlibat dalam kejadian strok, terutamanya melalui pembentukan mendapan berlemak di dalam saluran darah (arteri). Pada masa ini, terdapat pelbagai ubat untuk mengurangkan risiko serangan jantung dan strok atau strok kecil, tetapi 1 dalam 20 orang akan mengalami strok atau serangan jantung lebih lanjut.

Tarikh carian
Pencarian selesai pada 29 Mei 2019.

Ciri-ciri kajian
Kajian yang layak boleh yang melibatkan sebarang ubat yang kegunaan utamanya adalah antiradang dalam sebarang keadaan bagi pesakit dewasa yang sebelumnya mengalami strok atau TIA disebabkan oleh darah beku.

Keputusan utama
Walaupun pengulas menjalankan carian yang menyeluruh terhadap literatur perubatan untuk kajian rawak terkawal yang menilai ubat antiradang berbanding tanpa ubat antiradang dalam orang yang sebelumnya mengalami strok atau TIA akibat daripada darah beku, pengulas tidak dapat mengenal pasti sebarang kajian yang pernah dijalankan dalam meneroka topik ini. Oleh itu, pengulas tidak dapat mengatakan sama ada ubat antiradang mengubah hasil jantung dan strok selepas strok akibat daripada darah beku, atau sebarang kemungkinan bahaya dan manfaat daripada rawatan ini. Kajian diperlukan untuk membandingkan penggunaan ubat antiradang digabungkan dengan rawatan biasa berbanding rawatan biasa sahaja.

Kualiti bukti
Tiada bukti dan kajian yang tersedia.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information