Nutrisi parenteral di rumah untuk pesakit usus tersumbat disebabkan oleh kanser

Apakah isunya?
Pesakit yang menghadapi kanser tahap akhir pada bahagian abdomen boleh mengalami usus tersumbat yang tidak boleh dirawat secara pembedahan. Ini boleh mengakibatkan loya dan muntah dan ketidakupayaan untuk menyerap nutrisi yang cukup melalui usus. Alternatif kepada pemakanan konvensional apabila usus tidak berfungsi, ialah pemakanan melalui saluran vena, dikenali sebagai nutrisi parenteral (PN). Ini sering dilakukan di hospital untuk membantu pesakit apabila dijangka usus akan kembali berfungsi. Namun, ia juga boleh dipertimbangkan sebagai sebahagian dari rawatan paliatif bagi kanser tahap akhir apabila usus tidak dijangka akan kembali berfungsi.

Mengapa ia penting?
Terdapat kontroversi mengenai PN pada pesakit yang menghidapi usus tersumbat kerana kanser tahap akhir dan tidak boleh dibedah. Rawatan adalah kebanyakannya terbatas kepada penjagaan sokongan terbaik dan terdapat pendapat yang menyokong dan membidas pemakanan tiruan pada situasi sebegini. Terdapat bukti yang menyatakan ia mungkin memanjangkan kehidupan, namun rawatan tersebut mungkin membebankan dan berisiko untuk individu yang kualiti hidup adalah keutamaannya.

Kami bertanya:
Adakah PN berkesan dalam memperbaiki kehidupan dan kualiti hidup pesakit yang menghidap usus tersumbat akibat dari kanser tahap akhir?

Kami mendapati:
Manfaat PN tidak dapat dipastikan kerana kepastian bukti adalah sangat rendah, ditunjukkan oleh kajian yang hanya melihat pada pesakit yang menerima PN, sepatutnya membandingkan pesakit yang menerima PN dengan pesakit yang tidak menerimanya. Oleh kerana kami tidak menjumpai percubaan rawak terkawal, kami merangkumkan keputusan daripada 13 kajian pemerhatian dengan jumlah seramai 721 peserta. Untuk 12 kajian tersebut, ia hanya melibatkan satu kumpulan rawatan dan tiada kumpulan kawalan. Oleh itu, keputusan hanyalah untuk pesakit yang menerima PN dan kami tiada maklumat mengenai pesakit yang tidak menerimanya. Purata tempoh kehidupan untuk pesakit yang menerima PN berbeza daripada tiga kepada 1278 hari. Hanya tiga kajian mengukur kualti hidup menggunakan pengukur yang dikenali. Satu kajian mendapati kualiti hidup bertambah baik dan dua kajian mendapati bilangan pesakit yang kualiti hidupnya bertambah baik dan berkurangan adalah sama. Namun, ketiga-tiga kajian tersebut memantau kualiti hidup pada tiga waktu yang berbeza, dan diukur menggunakan cara yang berbeza. Kesan-kesan sampingan berlaku pada 12% pesakit dalam lapan kajian yang mengukurnya.

Ini bermakna:
Penyelidikan lanjutan adalah diperlukan untuk mengetahui jika PN memberi kebaikan kepada pesakit usus tersumbat akibat kanser tahap akhir yang tidak boleh dibedah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Ayuni Ahmad Shafiai (Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila noorayuni@usm.my.

Tools
Information
Share/Save