Tekanan positif saluran udara untuk kegagalan jantung yang berkaitan dengan apnea tidur pusat

Latar belakang

Penyakit jantung iskemik termasuk kegagalan jantung adalah penyebab kematian yang paling biasa di dunia, dan kejadian keadaan adalah semakin meningkat. Kegagalan jantung dicirikan oleh gejala-gejala seperti keletihan dan sesak nafas semasa aktiviti ringan, serta gangguan bernafas semasa tidur. Khususnya, pernafasan yang tidak teratur semasa tidur, termasuk apnea tidur pusat (CSA) dan apnea tidur obstruktif, adalah sangat lazim dalam kalangan orang yang mengalami kegagalan jantung kronik.

Tujuan: untuk menilai kesan terapi tekanan positif saluran pernafasan (PAP) bagi pesakit kegagalan jantung yang mengalami CSA.

Kaedah-kaedah

Kami mencari penulisan saintifik tentang kajian terkawal secara rawak (RCTs) (sejenis kajian di mana peserta ditugaskan untuk salah satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan melalui kaedah rawak) yang membandingkan keberkesanan terapi PAP berbanding penjagaan biasa dalam kalangan orang dengan kegagalan jantung yang mengalami CSA. Terapi PAP terdiri daripada PAP yang berterusan dan pengudaraan-servo adaptif, dan penjagaan biasa terdiri daripada terapi perubatan berdasarkan garis panduan yang berkaitan. Bukti adalah terkini sehingga Februari 2019.

Keputusan

Kami memasukkan 16 RCT yang melibatkan sejumlah 2125 peserta. Kesan terapi PAP ke atas semua penyebab kematian adalah tidak pasti. Di samping itu, terapi PAP tidak mengurangkan kematian yang berkaitan dengan jantung, semua penyebab kemasukan ke hospital, dan kemasukan semula ke hospital yang berkaitan dengan jantung berbanding dengan penjagaan biasa. Walau bagaimanapun, terapi PAP menunjukkan beberapa petunjuk peningkatan kualiti dalam skor kehidupan. Kematian akibat pneumonia (N = 1, 3% daripada kumpulan PAP); serangan jantung (N = 18, 3% daripada kumpulan PAP); pemindahan hati (N = 8, 1% daripada kumpulan PAP); jantung semakin teruk (N = 3, 9% daripada kumpulan PAP); trombosis urat dalam / embolisme pulmonari (N = 1, 3% daripada kumpulan PAP); dan ulser kaki (N = 1, 3% daripada kumpulan PAP) diperhatikan dalam kumpulan terapi PAP, manakala serangan jantung (N = 16, 2% daripada kumpulan penjagaan biasa); pemindahan hati (N = 12, 2% daripada kumpulan penjagaan biasa); jantung semakin teruk (N = 5, 14% daripada kumpulan penjagaan biasa); dan ulser duodenal (N = 1, 3% daripada kumpulan penjagaan biasa) berlaku dalam kumpulan penjagaan biasa dalam tiga kajian.

Kualiti bukti

Kami menilai kualiti bukti bagi banyak hasil termasuk kemasukan semula ke hospital yang berkaitan dengan jantung sebagai rendah atau sangat rendah kerana kepelbagaian dalam kalangan kajian (heterogeniti) adalah tinggi, julat selang keyakinan adalah luas, dan penjanaan urutan secara rawak dan 'blinding' peserta dan kakitangan yang dijelaskan dengan kurang baik.

Kesimpulan

Kesan terapi PAP ke atas semua sebab kematian adalah tidak pasti. Di samping itu, walaupun terapi PAP tidak mengurangkan risiko mortaliti dan kemasukan semula ke hospital yang berkaitan dengan jantung, terdapat beberapa petunjuk tentang peningkatan kualiti skor hidup untuk pesakit jantung dengan CSA. Tambahan pula, bukti adalah tidak mencukupi untuk menentukan sama ada kesan buruk adalah lebih kerap dalam PAP berbanding dengan penjagaan biasa. Penemuan ini adalah terhad kerana kualiti bukti adalah rendah atau sangat rendah. Terapi PAP mungkin patut dipertimbangkan untuk individu yang mengalami kegagalan jantung untuk meningkatkan kualiti hidup.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Tools
Information