Adakah antibiotik lebih berkesan apabila diberikan secara berterusan atau berselang-seli kepada penghidap bronkektasis?

Latar belakang

Bronchiectasis adalah penyakit paru-paru yang tidak dapat disembuhkan yang bercirikan jangkitan dada berulang. Antibiotik adalah bentuk rawatan utama dan boleh diambil dalam jangka panjang untuk mencegah jangkitan dada daripada berkembang. Ini mungkin secara berterusan atau berselang-seli untuk jangka waktu yang tetap. Walau bagaimanapun, kami tidak tahu pendekatan mana yang paling berkesan untuk mengurangkan kekerapan dan tempoh eksaserbasi, menguruskan rintangan antibiotik dan meminimumkan kesan sampingan.

Ciri-ciri Kajian

Pada 1 Ogos 2017 kami telah mencari pelbagai sumber untuk mencari ujian klinikal bagi ulasan kami. Kami menemui 268 keputusan yang berpotensi relevan tetapi pada pemerhatian yang lebih dekat tidak ada kajian yang memenuhi kriteria ulasan kami dan tidak ada yang dapat disertakan.

Rumusan pengarang

Tidak ada bukti berkualiti tinggi tentang sama ada antibiotik yang diberikan berterusan atau diberikan berselang-seli adalah lebih selamat dan membantu untuk penghidap bronchiectasis. Lebih banyak penyelidikan adalah diperlukan untuk menilai kaedah mana yang lebih baik untuk mengurangkan jangkitan dada, mengehadkan rintangan terhadap terapi antibiotik dan mengurangkan kesan sampingan yang serius.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Amirul Mohd Sallehuddin Mannan (Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information