Pengikatan menggunakan ligatur (band ligation) berbanding dengan tiada intervensi untuk pencegahan primer untuk pendarahan gastrousus bahagian atas dalam orang yang mempunyai sirosis dan varises esofagus

Latar belakang

Sirosis adalah satu gangguan hati yang kronik. Orang dengan sirosis boleh mengembangkan urat dilipat di esofagus mereka dan ini mungkin. berdarah. Pendarahan varises berpotensi mengancam nyawa. Pergelangan menggunakan ligatur (band ligation) merupakan satu prosedur di mana alat tontonan atau endoskop dimasukkan ke dalam esofagus melalui mulut dan varises kemudiannya akan diikat pada pangkalan mereka, dengan itu memotong aliran darah. Varises hendaklah cukup besar untuk membolehkan gelang-gelang tersebut digunakan. Prosedur ini boleh dilakukan sebelum varises pesakit berdarah (pencegahan primer) atau selepas mereka mengalami pendarahan (pencegahan sekunder).

Soalan ulasan

Kami telah menyiasat kebaikan dan keburukan pengikatan menggunakan ligatur berbanding dengan tiada rawatan, untuk pencegahan primer pendarahan pada pesakit dengan sirosis dan varises esofagus, dengan mengulas semula kajian klinikal di mana pesakit telah dipilih secara rawak untuk menjalani pengikatan menggunakan ligatur atau tiada rawatan.

Tarikh carian

9 Februari 2019.

Sumber pembiayaan kajian

Dua kajian yang termasuk dalam ulasan ini tidak menerima dana atau sokongan daripada syarikat-syarikat untuk keuntungan; sementara empat kajian yang lain pula tidak memberi maklumat mengenai isu ini.

Ciri-ciri kajian

Kami telah menyertakan enam kajian klinikal rawak yang melibatkan 637 orang peserta. Semua kajian klinikal rawak telah membandingkan pengikatan menggunakan ligatur dengan tiada rawatan. Satu kajian telah melibatkan peserta yang mempunyai dan tidak mempunyai sirosis. Jangka masa yang digunakan untuk membasmi varises yang dilaporkan berbeza dari purata 28 hingga 76 hari.

Hasil-hasil utama

Analisis kami telah menunjukkan kesan yang baik daripada pengikatan menggunakan ligatur ke atas kadar kematian, pendarahan dan kesan-kesan sampingan yang serius berbanding dengan tiada rawatan.

Kepastian bukti

Dalam kalangan pesakit yang mempunyai sirosis dan varises esofagus, risiko kematian berkaitan dengan pendarahan varises adalah sangat tinggi, seperti juga risiko-risiko kemudaratan yang lain. Ulasan kami telah menjumpai bahawa pengikatan menggunakan ligatur boleh mengurangkan risiko masalah-masalah ini apabila dibandingkan dengan tiada rawatan. Kami agak yakin dengan anggaran kami mengenai kebaikan dan keburukan pengikatan menggunakan ligatur. Kajian-kajian yang lanjut untuk membandingkan pengikatan menggunakan ligatur dengan tiada intervensi berkemungkinan tidak akan berlaku.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nicole Fong Wan June (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Teh Keng Hwang (UniSHAMS). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information