Perkembangan diabetes mellitus jenis 2 dalam kalangan orang yang mengalami hiperglikemia secara sederhana. (‘prediabetes’)

Soalan ulasan

Kami ingin mengetahui sama ada kenaikan gula darah (‘prediabetes’) dapat meningkatkan risiko dalam mengalami diabetes mellitus jenis 2. Kami juga ingin mengetahui bilangan orang yang sembuh dan kembali ke tahap gula darah yang biasa (normoglycaemia). Kami juga menyelidik perbezaan dalam perkembangan diabetes mellitus jenis 2 antara orang yang mengalami prediabetes dengan orang yang mengalami normoglycaemia.

Latar belakang

Diabetes jenis 2 sering didiagnosis dengan pengukuran gula darah seperti glukosa darah selepas berpuasa atau pengukuran glukosa darah selepas ujian toleransi glukosa oral (minum 75 g glukosa ke dalam perut kosong) atau pengukuran hemoglobin glikosilasi A1c (HbA1c) yang merupakan penanda glukosa darah jangka panjang. Diabetes jenis 2 boleh mendatangkan kesan-kesan kesihatan yang buruk dalam jangka panjang (komplikasi diabetes) seperti penyakit mata yang teruk atau penyakit buah pinggang atau kaki kencing manis, yang akhirnya akan menyebabkan ulser kaki.

Peningkatan tahap glukosa darah (hiperglikemia), yang melebihi tahap jangkauan yang biasa tetapi kurang daripada had diagnosis kencing manis jenis 2, mencadangkan prediabetes, atau hiperglikemia secara sementara. Pentakrifan prediabetes mempunyai kesan-kesan yang penting dalam kesihatan awam kerana sesetengah orang doktor merawati orang yang mengalami prediabetes dengan ubat-ubatan yang amat memudaratkan. Sebagai contoh, pengurangan ambang untuk menentukan kejejasan glukosa darah selepas berpuasa (selepas puasa semalaman) dari 6.1 mmol / L atau 110 mg / dL ke 5.6 mmol / L atau 100 mg / dL, seperti yang dilakukan oleh Persatuan Diabetes Amerika (ADA) telah meningkatkan bilangan orang yang didiagnosis dengan prediabetes di seluruh dunia secara dramatik.

Ciri-ciri kajian

Kami menyelidik kajian-kajian pemerhatian (kajian-kajian yang dijalankan tanpa sebarang intervensi namun peserta-peserta diperhatikan dalam tempoh yang berpanjangan) yang menyiasat bilangan orang yang mengalami diabetes jenis 2 daripada prediabetes semasa kajian tersebut baru dijalankan. Kami juga menjalankan kajian untuk membandingkan orang yang mengalami prediabetes dengan orang yang mengalami normoglycaemia. Prediabetes ditakrifkan dengan menggunakan pengukuran glukosa darah yang berbeza.

Kami menemui 103 kajian yang memantau orang sepanjang 1 hingga 24 tahun. Lebih daripada 250,000 peserta memulakan kajian-kajian tersebut. Dalam 41 kajian, para peserta adalah berasal dari Australia, Eropah atau Amerika Utara. Dalam 7 kajian lagi, kebanyakan peserta kajian berasal dari Amerika Latin manakala dalam 50 kajian yang lain, peserta-peserta kajian berasal dari Asia ataupun Timur Tengah. Terdapat warga India Amerika dalam tiga kajian yang dijalankan dan dua kajian yang lain terlah melibatkan warga Mauritius dan Nauru masing-masing Enam kajian telah melibatkan kanak-kanak, remaja atau kedua-duanya.

Bukti ini adalah terkini hingga 26 Februari 2018

Keputusan-keputusan utama

Umumnya, perkembangan diabetes jenis 2 baru (kejadian diabetes) dalam orang yang mengalami prediabetes meningkat dari semasa ke semasa. Namun demikian, banyak peserta yang sembuh daripada diabetes jenis 2 dan kembali ke tahap glukosa darah yang biasa. Orang yang mengalami prediabetes (mana-mana definisi) telah menunjukkan peningkatan risiko yang lebih tinggi untuk mengalami diabetes jenis 2 jika dibandingkan dengan orang yang mengalami normoglycaemia. Walau bagaimanapun, keputusan-keputusan menunjukkan perbezaan yang ketara dan juga berdasarkan cara-cara pengukuran prediabetes. Tidak terdapat perbezaan dalam perkembagan diabetes jenis 2 yang jelas mengenai kawasan-kawasan yang berlainan di dunia atau populasi yang berlainan. Oleh sebab orang yang mengalami prediabetes mungkin mengalami diabetes tetapi mungkin juga menyembuh dan kembali ke normoglycaemia setiap masa, doktor haruslah berhati-hati dalam merawati prediabetes. Hal ini demikian kerana kita tidak pasti akan keberkesanan rawatan ini sama ada lebih banyak manfaat daripada kebahayaan terutamanya apabila dilakukan di skala dunia yang akan mempengaruhi banyak orang dari seluruh dunia.

Kepastian bukti

Kepastian bukti bagi prognosis adalah sederhana secara keseluruhan kerana keputusan-keputusan menunjukkan perbezaan yang ketara. Kepastian bukti dalam membandingkan orang yang mengalami prediabetes dengan normoglycaemic adalah rendah oleh sebab keputusan-keputusan adalah tidak tepat dan mempunyai perbezaan yang besar. Dalam kajian pemerhatian kami, para penyelidik sering tidak menyiasat faktor-faktor lain yang juga mempengaruhi perkembangan diabetes jenis 2 seperti kemalasan fizikal, usia atau peningkatan berat badan dan hal ini menjejaskan kejelasan hubungan antara prediabetes dan perkembangan diabetes jenis 2.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi (Chris_ZY@live.com)

Tools
Information
Share/Save