Apakah kaedah yang paling berkesan untuk menggalakkan pesakit penyakit kronik paru-paru obstruktif supaya lebih aktif dari segi fizikal?

Latar belakang

Amalan aktif fizikal penting untuk kesihatan setiap orang. Amalan ini adalah susah terutamanya untuk pesakit COPD dan kami tidak mengetahui kaedah yang paling berkesan untuk meningkatkan aktiviti fizikal.

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini merangkumi 76 kajian-kajian yang melibatkan 8018 pesakit COPD. (Diterbitkan sebelum 27 Jun 2019). Kebanyakan kajian ditaja oleh pihak kerajaan, walaupun sebahagiannya ditaja oleh syarikat perubatan atau peralatan. Kebanyakan strategi telah dibangunkan dan pelbagai kajian telah menilai aktiviti fizikal dengan menggunakan banyak kaedah yang berbeza. Fenomena ini menunjukkan kesusahan membanding dan menggabung keputusan kajian-kajian tersebut. sangat rumit untuk menjelaskan apa-apa yang terlibat dalam sesetengah intervensi, dan mengenalpastikan mana-mana komponen yang penting untuk meningkatkan aktiviti fizikal.

Keputusan utama

Sesetengah kajian menilai intervensi terkini untuk pesakit COPD, termasuk pemulihan pulmonari, latihan senaman yang berbeza, pengurusan dan pendidikan secara sendirian. Kajian-kajian lain menilai suplemen nutrisi khusus, terapi oksigen, pembedahan, rangsangan otot dan nyanyian.

Sesetengah strategi yang berkesan termasuk latihan senaman, kaunseling aktiviti fizikal dan ubat-ubatan COPD. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa pesakit menggunakan lebih 6 hingga 24 minit untuk menjalankan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya intensiti sederhana, dan berjalan lebih lama atau lebih langkah setiap hari. Walaubagaimanapun, kami masih tidak pasti tentang berapa lama atau bagaimana pendekatan harus dijalankan. Hanya beberapa kajian mengikut pesakit-pesakit sehingga selepas penyelesaian intervensi. Situasi ini tidak dapat menjelaskan apa-apa yang perlu dijalankan untuk meningkatkan aktiviti fizikal berjangka panjang, yang merupakan unsur yang diperlukan untuk manfaat kesihatan.

Kualiti bukti

Umumnya, kualiti bukti adalah rendah, disebabkan kesusahan menilai apa-apa yang telah dijalankan oleh pesakit semasa kajian secara tepat, dan juga kerana terdapat banyak kajian-kajian tunggal (sesetengah agak kecil) menilai intervensi-intervensi yang berbeza jenis. Fenomena ini menunjukkan kesusahan mengumumkan keputusan tersebut pada kesemua pesakit COPD.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Roshan Arjun Ananda (Monash University). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save