Opioids untuk kesakitan berkaitan dengan kanser dalam kanak-kanak dan remaja

Kesimpulannya

Tidak ada bukti dari ujikaji rawak terkawal untuk menyokong atau bercanggah dengan cadangan bahawa opioids dalam sebarang dos akan mengurangkan kesakitan berkaitan dengan kanser dalam kanak-kanak atau remaja.

Latar belakang

Kanser kanak-kanak merupakan salah satu penyebab utama penyakit dan kematian untuk kanak-kanak dan remaja di dunia sekarang. Sakit yang berkaitan adalah satu kebimbangan kesihatan utama dan data khusus untuk kanak-kanak adalah tidak kini dikenali. Kesakitan yang berkaitan dengan kanser secara amnya disebabkan secara langsung oleh tumor yang memampatkan pada saraf atau dengan keradangan organ, dan boleh sangat menyedihkan.

Opioids adalah digunakan di seluruh dunia untuk rawatan sakit. Opioids secara umumnya boleh didapati dalam penjagaan tetapan kesihatan di kebanyakkan negara maju tetapi akses mungkin terhad dalam negara sedang maju. Sebagai contoh, opioids yang boleh didapati termasuk: buprenorfin, codeine, fentanyl, hydromorphone, methadone, morfin, oxycodone dan tramadol. Opioids digunakan dalam dos yang berbeza-beza dan biasanya diberikan melalui suntikan atau tablet.

Keputusan utama

Pada tahun Februari 2017 penyelidik mencari kajian klinikal di mana sebarang opioid telah digunakan untuk merawat kesakitan yang berkaitan dengan kanser dalam orang yang berusia dari lahir ke 17 tahun. Penyelidik mendapati tiada kajian yang memenuhi keperluan ulasan ini. Beberapa kajian menguji opioid terhadap dewasa dengan kesakitan berkaitan dengan kanser, tetapi belum ada dalam peserta berusaia dari lahir hingga 17 tahun.

Kualiti bukti

Penyelidik telah menilai kualiti bukti daripada kajian menggunakan empat tahap: sangat rendah, rendah, sederhana atautinggi. Kualiti bukti yang sangat rendah bermaksud bahawa penyelidik tidak pasti mengenai keputusan kajian tersebut. Bukti yang berkualiti tinggi bermaksud penyelidik sangat yakin terhadap keputusan kajian tersebut.

Penyelidik menilai kualiti bukti sebagai sangat rendah. Disebabkan oleh kekurangan data, tiada bukti daripada kajian rawak terkawal untuk menyokong atau menafikan cadangan bahawa opioids dalam sebarang dos akan mengurangkan kesakitan kronik berkaitan dengankanser dalam kanak-kanak atau remaja.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Faculty of Health and Medical Sciences, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini, sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save