NSAID untuk kesakitan berkaitan dengan kanser dalam kanak-kanak dan remaja

Kesimpulannya

Penyelidik tidak pasti sama ada NSAID akan memberikan kelegaan kesakitan untuk kesakitan berkaitan dengan kanser dalam kanak-kanak atau remaja.

Latar belakang

Kanser kanak-kanak merupakan salah satu penyebab utama penyakit dan kematian untuk kanak-kanak dan remaja di dunia sekarang. Sakit yang berkaitan adalah satu kebimbangan kesihatan utama dan data khusus untuk kanak-kanak adalah tidak kini dikenali.

Kesakitan barah pada bayi, kanak-kanak dan remaja adalah terutamanya saraf sakit dengan kesan negatif jangka panjang. Kesakitan yang berkaitan dengan kanser secara amnya disebabkan secara langsung oleh tumor itu sendiri seperti saraf penyusupan, mampatan luar saraf dan peristiwa keradangan lain.

NSAID digunakan untuk merawat sakit atau mengurangkan demam, dan biasanya pada kanak-kanak. NSAID kini dilesenkan untuk kegunaan di negara Barat, tetapi mereka tidak akan diluluskan untuk bayi yang berusia di bawah tiga bulan. Kesan sampingan yang penting NSAID adalah masalah perut dan kerosakan kepada buah pinggang berikutan penggunaan jangka panjang. Kesan sampingan yang lain dalam kanak-kanak termasuk cirit-birit, sakit kepala, loya, sembelit, ruam, pening, kembung, sakit perut, atau senak.

Keputusan utama

Pada tahun 2017 Februari penyelidik mencari kajian rawak terkawal klinikal di mana sebarang NSAID telah digunakan untuk merawat sebarang kesakitan yang berkaitan dengan kanser orang yang berumur dari lahir ke 17 tahun. Penyelidik mendapati tiada kajian yang memenuhi keperluan ulasan ini. Beberapa kajian menguji NSAIDs dalam dewasa dalam kesakitan kronik, tetapi belum ada dalam peserta berusaia dari lahir hingga 17 tahun.

Kualiti bukti

Penyelidik telah menilai kualiti bukti daripada kajian menggunakan empat tahap: sangat rendah, rendah, sederhana atautinggi. Kualiti bukti yang sangat rendah bermaksud bahawa penyelidik tidak pasti mengenai keputusan kajian tersebut. Bukti yang berkualiti tinggi bermaksud penyelidik sangat yakin terhadap keputusan kajian tersebut.

Penyelidik kadar kualiti keseluruhan bukti sebagai bukti berkualiti sangat rendah akibat kekurangan maklumat, bermakna tiada bukti untuk menyokong atau menafikan penggunaan NSAID.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save