Antidepresant untuk sakit bukan cancer kronik dalam kanak-kanak dan dewasa

Kesimpulan

Penyelidik tidak pasti sama ada antidepresan boleh memberikan kelegaan kesakitan untuk kesakitan berkaitan dengan bukan kanser dalam kanak-kanak dan remaja. Penyelidik tidak mempunyai bukti untuk mencadangkan bahawa satu jenis antidepresan adalah lebih berkesan daripada yang lain.

Latar belakang

Kanak-kanak boleh mengalami sakit kronik atau berulang yang berkaitan keadaan genetik, kerosakan saraf, sakit otot atau tulang, sakit perut, serta dari punca yang tidak diketahui. Sakit kronik adalah sakit yang berlarutan tiga bulan atau lebih lama dan biasanya disertai dengan perubahan dalam gaya hidup dan kebolehan berfungsi serta mendapat sokongan daripada tanda dan gejala kemurungan dan kebimbangan.

Antidepresan telah digunakan untuk melegakan kesakitan dan pengurusan sakit sejak tahun 1970-an dan dianggap oleh pakar klinikal sebagai berguna untuk gejala saraf, haid, otot, sendi, dan sakit perut. Contoh antidepresan yang telah digunakan untuk merawat sakit neuropathic termasuk amitriptyline, milnacipran, dan citalopram.

Ciri-ciri kajian

Pada September 2016 penyelidik mencari kajian klinikal di mana antidepresan telah digunakan untuk merawat saraf kronik, haid, otot, sendi, atau sakit perut. Penyelidik mendapati terdapat empat kajian dengan jumlah 272 peserta (berusia 6 hingga 18 tahun) yang mempunyai sakit saraf, keradangan kesakitan am, sakit perut atau sindrom rengsa usus, lebih daripada 3 bulan.

Keputusan-keputusan utama

Tiada kajian melaporkan 30% atau lebih, atau 50% atau lebih kelegaan kesakitan. Kesan sampingan adalah tidak biasa, dan hanya berlaku sebagai tindak-balas yang ringan seperti loya, pening, mengantuk, keletihan dan ketidakselesaan abdomen (4 disebabkan oleh amitriptyline, 5 disebabkan oleh citalopram, 1 disebabkan oleh gabapentin dan 1 disebabkan oleh plasebo). 11 peserta tersebut menarik diri daripada kajian ini disebabkan oleh kesan sampingan yang ringan ini. Tiada kesan sampingan yang serius ditemui.

Kualiti bukti

Kami menilai kualiti bukti dari kajian-kajian menggunakan empat peringkat: sangat rendah, rendah, sederhana, atau tinggi. Bukti berkualiti sangat rendah bermakna kami sangat tidak pasti tentang keputusannya. Bukti berkualiti tinggi bermakna mereka sangat yakin dengan keputusannya.

Kualiti bukti dalam ulasan ini adalah sangat rendah disebabkan oleh kekurangan data dan kajian saiz kecil.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my

Tools
Information