Ubat antikoagulasi dan antiplatelet, atau kedua-duanya, mengurangkan risiko gumpalan darah dalam individu yang berisiko tinggi

Latar belakang

Antibodi antifosfolipid (aPL) adalah protein yang dihasilkan oleh sistem imun pada sesetengah orang yang menyerang komponen sel mereka sendiri. Kehadiran antibodi tersebut boleh meningkatkan risiko pembekuan darah (trombosis) dalam saluran darah atau komplikasi berkaitan kehamilan (seperti keguguran berulang, kelahiran mati, kelahiran pramatang, atau penyakit serius kepada wanita hamil). Gumpalan darah dalam arteri boleh menyebabkan strok, mengakibatkan kerosakan otak atau gejala neurologi yang boleh diterbalikkan. Gumpalan darah dalam vena dikaitkan dengan pembentukan cecair pada anggota badan (sembap) dan kesakitan, dan jika digerak atau dipindahkan, boleh menyebabkan penyumbatan di dalam vesel utama dalam paru-paru (embolisme pulmonari).

Pada individu yang sebelum ini mempunyai kejadian trombotik, dua jenis ubat biasa digunakan untuk mencegah kejadian trombotik berulang: agen antikoagulasi dan antiplatelet. Antikoagulasi mencegah pembentukan beku (trombus) dengan mengganggu aktiviti protein yang terlibat dalam pembekuan darah (faktor pembekuan), manakala antiplatelet, biasanya aspirin, mencegah pengagregatan platelet dan merosakkan pembentukan bekuan. Kesan sampingan yang paling biasa untuk rawatan anticoagulasi atau antiplatelet adalah kecenderungan untuk pendarahan. Walau bagaimanapun, sedikit yang diketahui tentang faedah dan bahaya menggunakan antikoagulasi dan antiplatelet pada orang yang mempunyai antibodi aPL tetapi tidak pernah mempunyai sebarang kejadian trombotik.

Soalan ulasan

Ulasan ini bertujuan untuk membuktikan potensi manfaat dan bahaya penggunaan ubat antikoagulasi dan antiplatelet untuk mencegah kejadian trombosis, pada orang yang terdedah tetapi belum mendapat sebarang kejadian trombotik.

Ciri-ciri kajian

Bukti adalah terkini sehingga Disember 2017. Kami mencari kajian yang secara rawak melibakan pesakit dengan antibodi aPL dan tanpa sebarang kejadian trombotik sebelumnya kepada rawatan yang berbeza, termasuk ubat antikoagulasi, antiplatelet, atau kedua-duanya. Kami mengenal pasti sembilan kajian yang melibatkan 1044 peserta. Kajian dilakukan di beberapa negara yang berbeza. Satu kajian adalah pelbagai pusat dan mempunyai pelbagai sumber pembiayannya. Dalam dua kajian, aspirin dibandingkan dengan plasebo. Empat kajian membandingkan antikoagulasi dengan atau tanpa aspirin dengan aspirin sahaja. Kajian yang selebihnya membandingkan kombinasi agen antiplatelet, antikoagulasi, rawatan lain, atau dua dos yang berlainan daripada ubat yang sama. Majoriti kajian berkenaan wanita dengan antibodi aPL dan sejarah kegagalan kehamilan. Satu kajian termasuk kes-kes yang berkaitan dengan bukan kehamilan, dan satu kajian termasuk kes-kes yang berkaitan dengan kehamilan dan pesakit lain dengan keputusan positif untuk antibodi aPL.

Keputusan Utama

Kami merumuskan kesan rawatan menggunakan perbandingan berikut: aspirin sahaja berbanding dengan plasebo, antikoagulasi sahaja atau dengan aspirin berbanding dengan aspirin sahaja, aspirin dengan antikoagulasi berbanding dengan plasebo atau rawatan lain. Kami mendapati tiada perbezaan yang jelas dalam bilangan individu dengan peristiwa trombotik dalam kumpulan yang dibandingkan. satu kajian mendedahkan peningkatan risiko pendarahan kecil (seperti pendarahan hidung atau haid yang dipergiat) pada peserta yang menerima aspirin dan antikoagulasi. Semua analisis lain tidak menunjukkan perbezaan yang bermakna dalam jumlah peserta yang mengalami pendarahan. Tiada kajian yang melaporkan risiko kematian atau terhadap kualiti hidup. Kami mendapati tiada perbezaan yang jelas antara kumpulan dalam mana-mana perbandingan untuk kesan yang tidak diingini selain pendarahan, di mana maklumat ini dilaporkan; Lebih umum kesan ini termasuk gejala gastrousus ringan dalam kumpulan aspirin dan tindak balas alergi dalam aspirin dengan kumpulan antikoagulan.

Kualiti bukti

Kami tidak menilai sama ada kajiannya berisiko berat sebelah rendah kerana kebimbangan metodologi atau pelaporan keputusan. Kami menilai kualiti keseluruhan bukti sebagai rendah hingga sederhana, ia diturunkan kerana tidak jelas atau berisiko tinggi, melibatkan sedikit kajian dan keputusan yang tidak tepat.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@hotmail.com.

Tools
Information