Langkau ke kandungan utama

Kesan sampingan ubat opioid apabila digunakan untuk merawat sakit kronik bukan kanser dalam jangka sederhana atau panjang

Kesimpulannya

Terdapat bukti berkualiti baik yang menunjukkan kesan sampingan boleh berlaku dalam kalangan orang dengan sakit kronik bukan kanser yang menggunakan ubat opioid selama lebih dari dua minggu.

Latar belakang

Opioid adalah sejenis ubat sakit yang berkaitan dengan candu. Kami menjalankan tinjauan meluas Ulasan Cochrane, yang merupakan jenis kertas saintifik, untuk mengetahui apa yang dikatakan tentang kesan sampingan ubat opioid. Kamik berminat dengan kesan sampingan jangka sederhana dan jangka panjang dengan rawatan ini untuk kesakitan dalam kalangan orang dewasa yang mengguna ubat opioid dan mengalami sakit kronik yang bukan disebabkan oleh kanser. Kami mengkaji ubat opioid berbanding pil yang tidak mengandungi sebarang ubat (plasebo) dan ubat opioid berbanding dengan rawatan lain.

Keputusan utama

Pada bulan Mac 2017, kami menemui 16 Ulasan Cochrane daripada 14 ubat opioid yang berbeza, termasuk codeine, morfin, dan oksikodon. Kertas-kertas ini memasukkan 61 kajian dengan lebih daripada 18,000 peserta. Kami dapati orang yang mengambil opioid berisiko lebih tinggi mempunyai kesan sampingan, seperti sembelit, pening, dan loya, serta mempunyai kesan sampingan yang serius. Kamitidak menemui sebarang maklumat dalam Ulasan Cochrane tentang banyak kesan sampingan yang diketahui dan kadangkala kesan sampingan serius opioid, seperti ketagihan, kemurungan, dan masalah tidur.

Kualiti ulasan dan bukti

Kami menilai kualiti ulasan yang disertakan daripada 10 mata. Oleh kerana semua ulasan mencatat 9 atau 10 daripada 10, kami yakin kualiti ulasan yang disertakan adalah sangat baik. Kami juga menilai kualiti bukti dari kajian-kajian menggunakan empat peringkat: sangat rendah, rendah, sederhana, atau tinggi; penarafan ini menunjukkan betapa kami yakin tentang keputusan bagi kesan sampingan opioid. Kualiti bukti yang sangat rendah bermakna kami tidak pasti tentang keputusannya. Kualiti bukti yang tinggi bermakna kami sangat pasti tentang keputusannya. Semua penarafan kami adalah di antara sangat rendah dan sederhana.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Petikan
Els C, Jackson TD, Kunyk D, Lappi VG, Sonnenberg B, Hagtvedt R, Sharma S, Kolahdooz F, Straube S. Adverse events associated with medium- and long-term use of opioids for chronic non-cancer pain: an overview of Cochrane Reviews. Cochrane Database of Systematic Reviews 2017, Issue 10. Art. No.: CD012509. DOI: 10.1002/14651858.CD012509.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan