Pemeriksaan saringan sistematik and penilaian keadaan psikososial dan keperluan penjagaan untuk pesakit dengan kanser

Latar belakang
Pesakit dengan kanser mungkin mengalami masalah fizikal, psikologi dan sosial akibat penyakit dan rawatannya. Ia adalah penting untuk mengambil kira semua aspek ini semasa diagnosis dan rawatan pesakit dengan kanser. Pada masa ini, pemeriksaan saringan untuk keadaan psikososial dan keperluan penjagaan lazim dicadangkan. Ini bermakna bahawa pesakit disoal dengan sistematik tentang keadaan dan keperluan merekan berkaitan dengan beberapa aspek psikososial (contohnya, fungsi kognitif, emosi, hubungan dan komunikasi dengan yang tercinta, seksualiti, pengambilanbahagian sosial, pekerjaan). Ini diaplikasikan dengan soal selidik laporan sendiri, atau temuduga di mana kandungan soal selidik tersebut atau senarai semak digunakan sebagai panduan temuduga. Ulasan terbaru mempunyai dua objektif: untuk memeriksa kesan and bahaya yang mungkin berlaku untuk pemeriksaan saringan keadaan psikososial dan pemerluan penjagaan dalam pesakit dengan kanser, dan untuk mengkaji mana ciri-ciri pemeriksaan saringan adalah lebih atau kurang berkesan,

Ciri-ciri kajian
Kami menjumpai 26 kajian melibatkan 7654 orang dewasa dengan kanser. Kebanyakan kajian melibatkan gender lelaki dan perempuan. Dari segi jenis kanser, kebanyakan kajian menyertakan pesakit dengan kanser jenis spesifik, tetapi sesetengah menyertakan pelbagai jenis kanser. Selanjutnya, jenis pemeriksaan saringan berbeza: setengah daripada kajian minta peserta untuk melengkapkan sendiri soal selidik pemeriksaan saringan mengenai kesihatan psikososial, dan kajian yang lain menjalankan temu duga pemeriksaan saringan di mana profesional kesihatan menyoal peserta tentang keadaan mereka secara bersemuka.

Keputusan utama
Beberapa kajian menunjukkan manfaat pemeriksaan saringan atas keadaan psikososial pesakit kanser, seperti kualiti hidup berkaitan kesihatan, keresahan, pemerluan penjagaan, dan kepuasanhati pesakit. Namun, sesetengah kajian juga menjumpai kesan negatif. Perbezaan penting wujud antara kajian-kajian: mereka menaksir aspek psikososial berbeza (contohnya kualiti hidup berkaitan kesihatan, keresahan, pemerluan penjagaan, dan kepuasanhati pesakit) dan berbeza dalam kaedah pemeriksaan saringan (contohnya, soal selidik pemeriksaan saringan laporan diri berbanding temu duga pemeriksaan saringan), waktu dan kekerapan pemeriksaan saringan (1 ke 12 kali), ukuran hasil, dan titik waktu hasil. Akibat perbezaan tersebut, hanya tiga kajian yang mengkaji intervensi sama boleh dimasukkan dalam analisa.

Kepastian bukti
Keputusan kami tidak menyokong pemeriksaan saringan keadaan psikososial dan pemerluan penjagaan dalam pesakit dengan kanser. Kepastian bukti adalah rendah, bermakna bahawa kami tidak pasti tentang keputusan ulasan kerana kepelbagaian dalam ciri-ciri, keputusan kajian dan reka bentuk kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save