Inositol untuk wanita dengan diagnosis sindrom ovari polisistik dan subfertiliti

Soalan ulasan

Kami melihat sama ada wanita dengan diagnosis sindrom ovari polikistik (PCOS) mengalami kesukaran hamil akan mendapat faedah daripada mengambil suplemen inositol.

Latar belakang

Wanita dengan PCOS yang cuba hamil lebih cenderung menghadapi masalah akibat daripada keadaan mereka. Wanita-wanita yang mendapati sukar untuk hamil boleh ditawarkan rawatan yang berbeza. Salah satu rawatan yang ditawarkan ialah makanan tambahan. Inositol merupakan salah satu makanan tambahan yang difikirkan untuk meningkatkan peluang untuk hamil. Pada masa ini, kami tidak pasti sama ada mengambil inositol sebenarnya akan membantu wanita ini hamil, dan sama ada sebarang kemudaratan berkaitan dengan mengambil makanan tambahan ini.

Tarikh carian

Kami telah mencari kajian-kajian yang diterbitkan sehingga July 2018.

Ciri-ciri kajian

Secara keseluruhan, kami mendapati 13 rawak ujian terkawal yang melibatkan 1472 wanita subfertil wanita dengan PCOS. Semua kajian ini termasuk wanita dengan PCOS yang menghadapi kesukaran mengandung. Semua wanita termasuk dalam kajian-kajian ini telah menerima penjagaan pranatal yang biasa. Di samping itu, wanita diberi myo-inositol (sejenis inositol) dan kemudian dibandingkan dengan wanita yang tidak menerima rawatan atau telah menerima melatonin, metformin, clomiphene citrate atau D-chiro-inositoI (bentuk inositol lain). Dalam 11 kajian, semua wanita juga mempunyai persenyawaan in vitro (IVF) atau suntikan spesis intracytoplasmik (ICSI), dan dalam dua kajian yang lain, wanita menjalani induksi ovulasi.

Keputusan utama

Myo-inositol ditambah asid folik berbanding asid folik (rawatan standard) sebagai pra rawatan IVF (bukti rendah atau sangat rendah-mutu)

Beberapa kajian mengenai perbandingan ini boleh didapati, dan kualiti kajian ini adalah rendah dan sangat rendah. Berdasarkan bukti yang tersedia pada masa ini, kami tidak dapat menunjukkan bahawa mengambil myo-inositol meningkatkan peluang untuk hamil atau mempunyai bayi di kalangan wanita dengan PCOS. Penemuan kami mencadangkan bahawa jika peluang mempunyai bayi bagi wanita yang menjalani pra-rawatan sebelum IVF, dengan rawatan standard (asid folik sahaja) 12%, peluang di kalangan wanita yang menggunakan myo-inositol boleh serendah 9%, atau boleh menjadi tinggi 51%. Kami tidak jelas sama ada myo-inositol boleh mengurangkan kadar keguguran, kerana keputusan ini hanya berdasarkan dua kajian salah satunya melaporkan kadar keguguran yang luar biasa tinggi di kalangan wanita yang tidak menerima myo-inositol; oleh yang demikian, kami tidak yakin bahawa ini adalah kesan sebenar rawatan ini. MI mungkin mengeluarkan sedikit atau tiada perbezaan dalam kadar kehamilan berganda.

Kami tidak dapat menilai kebaikan atau keburukan mengambil myo-inositol untuk wanita dengan PCOS, menjalani induksi ovulasi, kerana kami telah mengenal pasti hanya dua ujian, dan masing-masing dilakukan perbandingan yang berbeza.

Kualiti bukti

Kami menilai kualiti bukti yang berkisar dari rendah hingga sangat rendah kerana penjelasan yang buruk tentang bagaimana percubaan-percubaan ini dijalankan dan bilangan percubaan yang kecil yang dapat kita sertakan. Juga, pelaporan mengenai isu-isu yang penting untuk pasangan subfertil adalah miskin; ini termasuk peluang untuk mengandung apabila mengambil myo-inositol, dan sama ada penggunaannya membawa kepada kesan berbahaya.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Amanda Yap Qiao Ying (Hospital Besar Pulau Pinang). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi amandayapqy@gmail.com.

Tools
Information