Kedudukan kepala di garis tengah bagi menghalang pendarahan intraventrikel (iaitu pendarahan di dalam otak) dalam bayi pramatang

Soalan Ulasan: Adakah meletakkan kepala di garis tengah mampu mengurangkan risiko pendarahan intraventrikel (iaitu pendarahan di dalam otak) dan kematian bayi yang sangat pramatang?

Latar belakang: Pendarahan intraventrikel (iaitu pendarahan di dalam otak) berlaku di dalam 25% bayi yang berat lahir rendah dan mungkin terjadi akibat pelbagai faktor. Kedudukan kepala mungkin akan mempengaruhi bagaimana darah mangalir di dalam otak dan seterusnya mungkin terlibat dalam kejadian pendarahan intraventrikel. Memutarkan kepala ke satu belah mungkin mengehadkan pengaliran darah dalam salur darah di bahagian yang sama dan ini boleh meningkatkan tekanan dan jumlah darah dalam otak. Terdapat cadangan bahawa ini mungkin dapat dielakkan jika pesakit berada dalam kedudukan supin (berbaring terlentang) posisi garis tengah, terutamanya dalam dua hingga tiga hari pertama hidup, apabila risiko pendarahan intraventrikel adalah terbesar.

Ciri-ciri kajian: kami sertakan dua kajian yang membandingkan posisi supin kepala di garis tengah dan posisi supin kepala diputar ke 90°.

Keputusan utama: Ulasan ini mendapati bahawa bukti kajian tidak mencukupi untuk menunjukkan sebarang kesan negatif atau positif supin (berbaring terlentang) kedudukan kepala di garis tengah bagi mengelakkan pendarahan intraventrikel (iaitu pendarahan di dalam otak), kematian, atau mana-mana keputusan lain dalam bayi yang sangat pramatang. Lebih banyak penyelidikan adalah diperlukan. Kami mendapati bahawa tiada kajian yang membandingkan supin (berbaring terlentang) dan tiarap (berbaring di atas perut) dengan kedudukan kepala di garis tengah ataupun sebarang kajian membandingkan kesan-kesan kepala dinaikkan (menaikkan kepala inkubator).

Kesimpulan: Keputusan daripada ulasan sistematik ini adalah konsisten dengan manfaat atau mudarat posisi supin dengan kepala di garis tengah tetapi tidak menyediakan jawapan yang pasti kepada soalan ulasan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Teng Xiu Xin (Penang Medical College).Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi xiuxin_c2017@ms.pmc.edu.my

Tools
Information
Share/Save