Rawatan pergerakan minda dan badan yang aktif bagi pesakit-pesakit yang mengalami penyakit paru-paru obstruktif kronik

Latar belakang

Penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) adalah punca utama kesihatan yang tidak baik dan kini merupakan punca utama keempat kematian di seluruh dunia. COPD menggambarkan keadaan paru-paru kronik dimana sesak nafas, keletihan, dan intoleransi senaman adalah gejala biasa Rawatan pergerakan minda dan badan yang aktif (AMBMT) terdiri daripada rawatan minda badan seperti pernafasan yang terkawal dan / ataupun menumpukan perhatian yang tinggi di mana peserta mesti menggerakkan sendi dan otot mereka secara aktif (contohnya yoga, tai chi, qigong). Walaupun bentuk-bentuk AMBMT yang berlainan mungkin berbeza dari segi keasalan, mereka biasanya berkongsi prinsip-prinsip yang sama: gerakan / postur, pernafasan terkawal, dan perhatian / tumpuan yang tinggi. Strategi AMBMT yang gunakan untuk orang yang mempunyai penyakit COPD didapati lebih berkesan daripada penjagaan biasa. Walau bagaimanapun, kesan AMBMT sebagai aktiviti tambahan kepada atau sebagai perbandingan dengan pemulihan paru-paru (PR) asas pengurusan COPD, masih belum ditentukan; ini adalah objektif kajian yang terkini.

Ciri-ciri kajian

Kami menyertakan 10 kajian yang melibatkan 762 orang peserta yang secara rawak ditugaskan untuk menerima AMBMT sahaja atau dengan kombinasi PR ataupun PR sahaja (terutamanya latihan berjalan kaki yang tidak tersusun). Kualiti pengajian yang termasuk umumnya miskin

Keputusan utama

Memandangkan kualiti bukti yang ada, kesan AMBMT berbanding dengan PR ataupun AMBMT ditambah kepada PR berbanding dengan PR sahaja tidak dapat disimpulkan. Salah satu sebab utama ialah program PR yang digunakan sebagai perbandingan mempunyai kelemahan reka bentuk utama, contohnya, istilah 'PR' secara tidak sengaja digunakan dalam kebanyakan kajian, dan PR sering dianggap sama dengan latihan berjalan kaki yang tidak tersusun. Hal ini bersama-sama dengan kualiti bukti yang lemah, memusnahkan keyakinan kami terhadap kesan yang diperhatikan. Bukti yang terkini mencadangkan bahawa apabila AMBMT dibandingkan dengan PR sahaja, penambahbaikan yang lebih besar dalam kualiti hidup specifik penyakit diperhatikan dengan AMBMT, walaupun AMBMT tidak lebih baik daripada PR berkaitan dengan disnoea (sesak nafas). AMBMT yang ditambah kepada PR menghasilkan peningkatan yang besar dalam kualiti kehidupan secara umum jika dibandingkan dengan PR sahaja, walaupun penambahan AMBMT kepada PR tidak membawa kepada penambahbaikan dalam kualiti hidup yang spesifik penyakit. Akan tetapi, sebelum membuat kesimpulan, kajian-kajian penyelidikan amat perlu pada masa depan untuk membandingkan AMBMT dengan PR, dan hal ini haruslah mengikut garis panduan PR semasa untuk merancang reka bentuk perbandingan, sebaik-baiknya disampaikan oleh professional yang terlatih dengan pemahaman yang menyeluruh tentang fisiologi pernafasan, sains latihan, dan patologi COPD.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Disunting oleh Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi (Chris_ZY@live.com

Tools
Information
Share/Save