Terapi hormon pertumbuhan untuk orang yang mengalami thalasemia


Soalan ulasan

Penyelidik telah mengulas bukti tentang kesan merawat pesakit dengan talasemia dengan hormon pertumbuhan.

Latar belakang

Talasemia adalah penyakit darah yang diwarisi yang menyebabkan keterukan anemia bervariasi. Orang yang mempunyai bentuk talasemia yang lebih teruk memerlukan pemindahan darah yang teratur dari usia awal kanak-kanak sehingga menghasilkan besi berlebihan yang terkumpul pada organ-organ penting seperti jantung, hati dan kelenjar penyembuhan hormon (kelenjar endokrin). Salah satu kelenjar berisiko adalah kelenjar pituitari yang merembeskan hormon pertumbuhan yang seterusnya mengawal pertumbuhan dan fungsi tubuh manusia. Sekiranya penghasilan hormon pertumbuhan terganggu oleh pemendapan besi, kanak-kanak yang terjejas mungkin tidak dapat bertambah tinggi.

Susuk tubuh yang pendek adalah sangat kerap dalam kalangan orang dengan talasemia. Ia mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk masalah dengan hormon pertumbuhan atau hormon lain, pemindahan darah yang tidak mencukupi atau pemakanan yang buruk. Hormon pertumbuhan sintetik adalah salah satu cara merawat pertumbuhan pendek dalam talasemia, terutama pada kanak-kanak yang mengalami pengeluaran hormon pertumbuhan yang rosak. Ini biasanya melibatkan suntikan hormon pertumbuhan di bawah kulit beberapa hari seminggu dalam tempoh masa. Namun demikian, ia tidak jelas sama ada penggunaan hormon pertumbuhan sintetik mendatangkan sebarang faedah yang konsisten atau jelas kepada orang yang mengalami talasemia.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga 08 Ogos 2017.

Ciri-ciri kajian

Penyelidik hanya mendapati satu kajian kecil untuk ulasan penyelidik. Ia melibatkan 20 kanak-kanak dengan beta talasemia yang jauh lebih pendek daripada yang sepatutnya berdasarkan carta pertumbuhan. Sepuluh kanak-kanak dipilih secara rawak untuk menerima rawatan hormon pertumbuhan harian selain daripada rawatan biasa (piawaian) dan 10 kanak-kanak yang lain hanya mempunyai rawatan biasa. Penyiasat mencatatkan ketinggian kanak-kanak dan melakukan ujian darah setiap tiga bulan. Kajian dijalankan sepanjang tempoh satu tahun.

Keputusan utama

Halaju ketinggian adalah kadar di mana kanak-kanak tumbuh lebih tinggi dan dikira dengan mengukur perbezaan ketinggian dalam satu tempoh masa (biasanya diukur sebagai cm setahun). Dalam ulasan ini, kanak-kanak yang menerima hormon pertumbuhan selama setahun mempunyai halaju tinggi yang lebih tinggi (purata lebih 2.28 cm setahun) berbanding dengan mereka yang tidak menerima hormon pertumbuhan. Dalam erti kata lain, hormon pertumbuhan yang diberikan meningkat dengan lebih cepat daripada yang bukan pada hormon pertumbuhan. Ketinggian seorang kanak-kanak juga boleh diukur berdasarkan carta piawaian populasi (ketinggian skor penyimpangan piawai). Dengan menggunakan pengukuran ini, kanak-kanak yang dirawat dengan hormon pertumbuhan mempunyai skor yang sama dengan mereka yang bukan pada hormon pertumbuhan pada akhir satu tahun. Tiada seorang pun daripada 20 kanak-kanak yang mengalami sebarang kesan sampingan. Namun demikian, tidak terdapat perbezaan yang jelas antara kumpulan dalam ujian toleransi glukosa oral pada satu tahun, kanak-kanak pada terapi hormon pertumbuhan mempunyai tahap glukosa darah yang berpuasa lebih tinggi, tetapi ini masih dalam lingkungan normal. Kajian itu tidak memberikan maklumat melangkaui tempoh satu tahun, oleh itu penyelidik tidak tahu sama ada ketinggian dewasa kanak-kanak dalam kajian tersebut terjejas oleh terapi hormon pertumbuhan dalam apa jua cara.

Tiada kajian pada orang yang mengalami talasemia yang memeriksa kesan terapi hormon pertumbuhan dalam tempoh yang lebih lama, pada dos yang berbeza atau dalam kumpulan usia yang berbeza; tiada sebarang kajian yang mengkaji kesan terapi hormon pertumbuhan pada ketinggian orang dewasa atau kesejahteraan umum (kualiti kehidupan).

Kualiti bukti

Secara keseluruhannya, penyelidik menilai kualiti bukti untuk hasil yang dijelaskan di atas (pertumbuhan jangka pendek dan kesan sampingan) menjadi sederhana, tetapi penyelidik mempunyai kebimbangan utama bahawa terdapat hanya sebilangan kecil peserta.

Kesimpulan

Berdasarkan kualiti bukti yang sederhana dari satu kajian kecil, penggunaan hormon pertumbuhan adalah mungkin memperbaiki beberapa langkah pertumbuhan secara sederhana. Namun demikian, tiada maklumat mengenai ketinggian akhir atau kualiti kehidupan. Lebih banyak kajian diperlukan sebelum kesimpulan yang jelas dapat diambil pada manfaat dan risiko keseluruhan menggunakan hormon pertumbuhan pada orang yang mengalami talasemia.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save