Perancangan awal pembuangan kateter vena umbilikus untuk mencegah jangkitan dalam kalangan bayi baru lahir

Soalan ulasan
Dalam bayi baru lahir dengan kateter vena umbilikus, bagaimanakah pembuangan terancang dalam dua minggu selepas dipasang berbanding dengan pendekatan yang dijangka atau jangka masa tetap yang lebih lama dalammencegah jangkitan saluran darah dan komplikasi lain?

Latar belakang
Bayi baru lahir pramatang dan sakit mungkin memerlukan kateter vena umbilikus (UVC) - tiub plastik halus yang dimasukkan melalui vena umbilikus bayi (dalam pusat di perut) beberapa sentimeter ke dalam saluran darah utama bayi untuk menyampaikan nutrisi dan ubat. Jangkitan dalam aliran darah adalah komplikasi yang kerap dan memudaratkan bayi baru lahir yang dipasang UVC . Satu kaedah yang boleh diguna untuk mengurangkan risiko komplikasi ini dan komplikasi lain yang serius adalah pembuangan UVC dalam tempoh dua minggu selepas dipasang (berbanding meninggalkannya sehingga tidak diperlukan lagi) dan penggantian dengan kanula atau kateter yang dimasukkan melalui saluran darah kecil (biasanya di lengan atau kaki).

Ciri-ciri kajian
Kami mendapati hanya satu kajian rawak terkawal kecil (termasuk 210 bayi baru lahir dengan berat lahir rendah) yang menangani soalan ini.

Keputusan utama
Kajian ini tidak menunjukkan pembuangan awal UVC dari bayi boleh mengurangkan peluang mereka untuk mendapat jangkitan saluran darah. Walau bagaimanapun, oleh kerana kajian adalah kecil, penemuan ini tidak pasti.

Kesimpulan
Kajian tersebut tidak menyediakan bukti yang cukup untuk memaklumkan dasar atau amalan; kajian yang lebih besar diperlukan untuk menyelesaikan soalan ini sepenuhnya.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information