Statins untuk penghidap penyakit kronik paru-paru obstruktif (COPD)

Soalan ulasan

Kami mengulas bukti berkenaan kesan-kesan statins terhadap orang dewasa yang menghidap COPD. Kami telah mendapati lapan kajian yang bersesuaian.

Latar belakang

Penyakit kronik paru-paru obstruktif (COPD) ialah nama yang diberikan kepada sekumpulan penyakit paru-paru yang menyebabkan kesukaran pernafasan. Kumpulan ini termasuklah penyakit emfisema dan juga bronkitis kronik. Statins merupakan ubat-ubatan yang mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Ia telah dicadangkan bahawa kesan anti-radang statins mampu mengurangkan keadaan yang lebih parah bagi penyakit COPD dikalangan pesakit.

Ciri-ciri kajian

Kami menyertakan lapan buah kajian yang melibatkan sebanyak 1323 orang peserta yang membandingkan kesan baik dan buruk berkaitan statins dan juga plasebo (rawatan yang sama-rupa tetapi tiada kesan terapeutik) dikalangan pesakit COPD.

Keputusan-keputusan utama

Kami mendapati bahawa statins mengurangkan tahap keradangan dikalangan pesakit yang menghidapi COPD walaupun ianya tidaklah memberi manfaat yang nyata kepada keparahan, kapasiti fungsi, kualiti kehidupan, mahupun fungsi paru-paru itu sendiri. Statins secara umumya diterima dengan baik dan dikaitkan dengan kesan-kesan sampingan yang sedikit.

Kualiti bukti

Kualiti bukti kajian ini adalah rendah ataupun sederhana, dan ianya berdasarkan kajian yang berdurasi pendek.

Ulasan ini adalah terkini sehingga May 2019.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Syameer Firdaus (Monash University). Disunting oleh Intan Juliana Abd Hamid (Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi msmoh50@mikotosyameer.com

Tools
Information