Bacillus Calmette-Guérin atau mitomycin C untuk rawatan kanser pundi kencing bukan-otot-invasif

Soalan ulasan

Dalam pesakit kanser lapisan dalaman pundi kencing, bagaimana dua ubat yang berbeza, yang dipanggil Bacillus Calmette-Guérin (BCG) dan mitomycin (MMC), yang dimasukkan ke dalam pundi kencing, selepas tumor diambil keluar, dibandingkan?

Latar belakang

Tumor pada lapisan cetek pundi kencing, yang dipanggil kanser pundi kencing bukan-otot-invasif, dirawat dengan meletakkan instrumen kecil ke dalam pundi kencing dan mencukur ia keluar. Ini berfungsi dengan baik tetapi tumor biasanya akan kembali. Apabila tumor datang kembali ia boleh menjadi lebih agresif dan maju daripada sebelumnya. Pelbagai jenis ubat yang dimasukkan ke dalam pundi kencing selepas itu boleh membuatkan ini kurang kerap terjadi, dengan BCG dan MMC merupakan ubat yang paling kerap digunakan. Kami tidak pasti bagaimana kedua-dua rawatan dibandingkan apabila melibatkan kesan-kesan yang dikehendaki dan tidak diingini.

Ciri-ciri kajian

Kandungan ulasan ini adalah terkini sehingga September 2019. Kami hanya memasukkan kajian yang menentukan rawatan secara rawak untuk peserta kajian.

Keputusan utama

Kami mendapati 12 kajian yang melibatkan 2932 orang yang sepadan dengan soalan kami.

Kami mendapati bahawa BCG boleh membawa kepada risiko yang sama untuk mati daripada apa-apa sebab dari semasa ke semasa (bukti berkualiti rendah), tetapi boleh meningkatkan risiko kesan yang tidak diingini yang serius (bukti kualiti rendah), walaupun ia adalah mungkin tidak membuat sebarang perbezaan.

BCG boleh mengurangkan risiko tumor datang kembali dari semasa ke semasa (bukti kualiti rendah), walaupun ia adalah mungkin tidak membuat sebarang perbezaan.

BCG mungkin mempunyai sedikit atau tiada kesan ke atas risiko tumor menjadi lebih teruk dari masa ke semasa (bukti kualiti rendah).

Kami mendapati tiada data mengenai kualiti hidup.

Kualiti bukti kajian

Kualiti bukti secara konsisten ditakrifkan sebagai rendah, bermakna keyakinan kami adalah terhad, dan penyelidikan masa depan boleh mengubah penemuan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Adam Linoby(Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information