Soalan ulasan
Jika seseorang dengan skizofrenia tidak respon kepada satu ubat antispikotik, adakah meningkatkan dos antipsikotik tersebut berkesan dan selamat?
Latar belakang
Ramai orang dengan penyakit mental serius seperti skizofrenia tidak respon sepenuhnya (cohtohnya simptom seperti khayalan dan halusinasi masih kekal) dengan dos standard ubat antipsikotik asal yang dipreskrib. Di dalam kes-kes begini, doktor boleh meningkatkan dos antipsikotik melepasi ambang regular atau menukar kepada ubat antipsikotik lain untuk mempertingkat efikasi ubat antipsikotik. Bukti tentang strategi rawatan optimum adalah berkurangan.
Carian bukti
Pakar Maklumat Skizofrenia Cochrane menjalankan carian elektronik daftar khusus mereka sehingga 30 Mac 2017 untuk kajian-kajian yang merambangkan orang dengan skizofrenia yang tidak respon kepada rawatan antipsikotik asal untuk menerima sama ada dos antipsikotik yang ditingkatkan atau meneruskan dos antipsikotik yang sama. Carian menemui 1919 rekod, yang disemak untuk kelayakan oleh penulis ulasan.
Bukti yang ditemui
Sepuluh kajian memenuhi keperluan ulasan dan menyediakan data yang boleh digunakan. Tiada perbezaan nyata di antara peningkatan dos ubat antipsikotik dan meneruskan rawatan antipsikotik pada dos yang sama ditunjukkan untuk sebarang hasil efikasi (respon klinikal) atau keselamatan (insiden kesan buruk). Bukti sedia ada adalah terhad dan berkualiti rendah atau sangat rendah. Khususnya, sangat sedikit kajian yang melaporkan kesan buruk secukupnya.
Kesimpulan
Keputusan ulasan ini menunjukkan tiada bukti berkualiti untuk menyokong atau menyanggah hipotesis meningkatkan dos antipsikotik untuk pesakit yang tidak respon kepada rawatan asal antipsikotik adalah berbeza berbanding meneruskan rawatan antipsikotik pada dos yang sama. Tidak terdapat bukti jelas tentang keselamatan. Olehh itu, tiada kesimpulan kukuh boleh dibuat. Kajian-kajian lebih besar dengan reka bentuk lebih baik diperlukan.
Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.