Ocriplasmin untuk lekatan vitreomacular simptomatik

Apakah matlamat ulasan ini?
Tujuan ulasan Cochrane ini adalah untuk mengetahui betapa baiknya ocriplasmin berfungsi dalam rawatan lekatan vitreomacular simptomatik (sVMA). Penyelidik ulasan Cochrane telah mengumpul dan menganalisa semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini dan mendapati empat kajian.

Keputusan utama
Orang dengan sVMA dirawat dengan ocriplasmin mempunyai peluang untuk melepaskan sVMA dan penglihatan yang lebih baik berbanding dengan orang yang tidak dirawat dengan ocriplasmin (kepastian bukti yang tinggi). Mereka juga mungkin tidak memerlukan pembedahan, tetapi satu daripada lima orang dengan sVMA yang dirawat dengan ocriplasmin mungkin masih memerlukan pembedahan pada satu hari kemudian untuk merawat sVMA (kepastian bukti yang sederhana).

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?
Dengan usia, bahan seperti gel (vitreous) yang mengisi mata mula menarik diri dari belakang mata (retina). Kadang-kala vitreous itu tetap melekat pada retina dan menyebabkan kerosakan pada retina ketika ia menarik diri, mengakibatkan kehilangan visual. Ini dikenali sebagai lekatan vitreomacular simptomatik atau sVMA. sVMA termasuk dua keadaan yang berkaitan, daya tarikan vitreomacular dan lubang makula.

Rawatan piawaian untuk sVMA adalah pembedahan. Ocriplasmin adalah rawatan alternatif yang kurang invasif. Ini adalah enzim yang boleh disuntik terus ke mata untuk melepaskan vitreous dari retina.

Apakah keputusan utama ulasan?
Penulis ulasan Cochrane mendapati empat kajian yang membandingkan ocriplasmin dengan kawalan (sham atau rawatan plasebo) untuk rawatan sVMA. Semua empat kajian telah ditaja oleh pengeluar ocriplasmin.

Ulasan menunjukkan bahawa:

• ocriplasmin meningkatkan peluang resolusi sVMA berbanding tanpa rawatan ( kepastian bukti yang tinggi);
• Orang dengan sVMA dirawat dengan ocriplasmin mempunyai peningkatan penglihatan berbanding orang yang tidak dirawat dengan ocriplasmin (kepastian bukti yang tinggi); •
Rawatan dengan ocriplasmin mungkin mengurangkan keperluan untuk pembedahan, tetapi kira-kira satu daripada lima orang yang dirawat dengan ocriplasmin mungkin memerlukan pembedahan lebih lanjut pada masa yang akan datang (kepastian bukti yang sederhana);
• terdapat lebih banyak kesan buruk pada mata yang dirawat dengan ocriplasmin daripada kawalan (sham atau suntikan plasebo).

Adakah ulasan ini terkini?
Penulis ulasan Cochrane mencari kajian yang telah diterbitkan sehingga 24 Februari 2017.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah ). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save