Mengurangkan dos cortikocteroid sedutan untuk orang dewasa dengan asma

Latar belakang

Asma adalah satu keadaan saluran udara yang menjejaskan lebih daripada 300 juta orang dewasa dan kanak-kanak di seluruh dunia. Garis panduan nasional dan antarabangsa menyarankan supaya meningkatkan dos corticosteroid sedutan (ICS) sebagai langkah untuk mengawal gejala terhadap dos serendah mungkin kerana penggunaan ICS dengan dos yang lebih tinggi dalam jangka panjang membawa risiko kesan sampingan. Bagi pesakit yang gejala asma dikawal pada dos ICS yang sederhana atau lebih tinggi, ia mungkin boleh mengurangkan dos ICS tanpa menghilangkan kawalan gejala asma.

Soalan ulasan

Kami telah mencari kajian (sekurang-kurangnya 12 minggu) terhadap orang yang dapat mengawal asma dengan baik berbanding dengan kesan mengurangkan dos ICS vs mengekalkan dos ICS. Kajian terpaksa melibatkan orang dewasa berumur 18 tahun atau lebih di mana asma dapat dikawal dengan baik dengan dos ICS yang sederhana sekurang-kurangnya tiga bulan. Kami juga berminat untuk menentukan sama ada mengambil lagi satu jenis ubat asma sedutan (agonis beta bertindak lama- LABAs) akan mempengaruhi keputusan. Dua ulasan penulis telah menyaringkan hasil carian secara individu daripada satu sama lain dan telah menentukan kajian yang berkaitan untuk dimasukkan ke dalam ulasan ini. Maklumat yang berkaitan daripada kajian-kajian ini juga ditambah ke dalam ulasan ini oleh dua ulasan penulis secara individu.

Keputusan

Kami mendapati enam kajian yang berkaitan dengan ulasan kami. Secara keseluruhan, kami mendapati tiada perbezaan antara kumpulan (dos ICS dikurangkan vs dos ICS dikekalkan) dari segi serangan asma, kawalan asma, kualiti hidup atau kesan sampingan. Mengambil atau tidak mengambil LABA pada masa yang sama tidak kelihatan mempengaruhi keputusan. Walau bagaimanapun, kami telah menilai kualiti bukti sebagai rendah atau sangat rendah kerana jumlah kajian yang didapati adalah rendah dan masalah dengan cara kajian dilaporkan. Ini bermakna kita tidak boleh yakin terhadap penemuan kami; kajian tambahan diperlukan untuk meneroka topik ini.

Kesimpulan

Kesimpulannya, bukti terkini tidak mencukupi untuk menunjukkan sama ada pesakit boleh mengurangkan dos ICS tanpa hilang kawalan keatas asma mereka. Ia juga tidak jelas sama ada mengurangkan dos ICS dapat mengurangkan berlakunya kesan sampingan. Kajian tambahan diperlukan untuk menjawab soalan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save