Kemoterapi PCV untuk glioma gred tinggi yang berulang

Isu
Gliomas adalah tumor otak utama yang timbul daripada sel-sel sokongan otak dan saraf tunjang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan syarat ke gred rendah dan gred tinggi glioma (HGG) bergantung kepada penampilan mereka di bawah mikroskop. Gred yang lebih tinggi berkaitan dengan hasil yang lebih teruk. Salah satu hasilnya adalah glioma yang berulang.

Tujuan kajian
Pengulangan glioma gred tinggi membawa prognosis yang sangat teruk. Pilihan rawatan adalah terhad pada pengulangan. PCV adalah pelbagai ubat kemoterapi yang berasaskan nitrosourea dan boleh digunakan pada pengulangan. Satu ubat beraneka rejim membunuh sel-sel kanser dengan lebih daripada satu cara dan oleh itu ia dianggap lebih berkesan. Terdapat kekurangan pengetahuan mengenai keberkesanan dan kesan negatif PCV apabila digunakan untuk merawat HGG yang berulang.

Apakah penemuan utama?
Dalam ulasan ini, kami mendapati dua ujikaji rawak terkawal yang mengkaji PCV dalam pesakit HGG yang berulang. Perbandingannya adalah Temozolomide (TMZ) berbanding dengan kemoterapi ubat beraneka 'lapan ubat dalam sehari'. Keputusan dua ujikaji tidak digabungkan kerana mereka membandingkan PCV dengan rawatan yang berbeza.

Apakah kualiti bukti?
Kesimpulan harus diambil dengan berhati-hati kerana mereka adalah berdasarkan satu analisis ujikaji kerana ujikaji lain adalah terlalu kecil dan berkuasa rendah untuk mengesan perbezaan yang penting. Kesan buruk dan keputusan QoL adalah berdasarkan satu analisis ujikaji sahaja. Sebahagian daripada peserta yang mengalami peristiwa buruk yang teruk dengan PCV adalah mirip dengan TMZ. QoL skor yang lebih tinggi dalam TMZ, tetapi secara klinikalnya adalah tidak penting. Kami mengkaitkan gred bukti berkualiti sederhana untuk keseluruhan hidup, perkembangan kelangsungan hidup, ketoksikan kemoterapi dan bukti gred rendah QoL.

Apakah kesimpulannya?

Pesakit kemoterapi-naif dengan HGG pada pengulangan pertama apabila dirawat dengan PCV atau TMZ mempunyai kelangsungan hidup dan masa sehingga menjadi bertambah teruk yang sama . Peristiwa buruk adalah sama dan skor QoL adalah penting secara statistik tetapi tidak penting secara klinikal antara TMZ dan PCV. Keputusan tidak dapat diaplikasikan keatas pesakit kontemporari kami dengan HGG berulang kerana sebahagian besar daripada mereka akan menerima kemoterapi selepas diagnosis asal sebagai penjagaan piawaian. Peserta dalam ujikaji ini hanya menerima radioterapi sebelum berulang. Penanda molekul tidak digunakan dalam membuat keputusan, yang mana ia merupakankan penjagaan standad sekarang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information