Ubat yang digunakan untuk merendahkan tekanan darah tidak mengurangkan kematian secara tiba-tiba.

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko strok dan serangan jantung. Bagi orang yang mempunyai tekanan darah yang sederhana tinggi, ubat yang menurunkan tekanan darah mengurangkan kejadian strok dan serangan jantung. Adalah tidak diketahui sama ada ubat yang menurunkan tekanan darah juga mengurangkan kematian secara tiba-tiba (sebab kematian yang tidak diketahui dalam masa satu jam bermulanya gejala akut atau dalam tempoh pemerhatian 24 jam pesakit hidup dan tanpa tanda). Kami mendapati 15 kajian yang melibatkan 39.908 peserta yang menyiasat sama ada ubat yang merendahkan tekanan darah boleh mengurangkan kematian secara tiba-tiba. Sorotan ini mempunyai bukti yang berkualiti sederhana untuk menunjukkan bahawa ubat yang merendahkan tekanan darah juga mengurangkan serangan jantung tetapi tidak mengurangkan kematian jantung secara tiba-tiba. Ini mencadangkan bahawa kematian jantung secara tiba-tiba tidak mungkin disebabkan oleh serangan sakit jantung. Penyelidikan yang berterusan diperlukan untuk menentukan punca kematian jantung secara tiba-tiba.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College) Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi nila@pmc.edu.my Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information