Pembedahan sebagai rawatan obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja

Soalan ulasan

Apakah keberkesanan pembedahan bariatric dalam mengurangkan berat badan secara selamat dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang obes?

Latar belakang

Di serata dunia, semakin banyak kanak-kanak dan remaja yang menjadi terlebih berat badan dan obes. Oleh sebab kanak-kanak yang terlebih berat badan dan obes lebih cenderung untuk menghadapi masalah kesihatan, lebih banyak maklumat tentang cara terbaik untuk merawat masalah ini diperlukan.

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati satu kajian rawak terkawal dengan sebanyak 50 orang peserta(25 orang dalam kedua-dua kumpulan intervensi dan kumpulan yang dibandingkan) dan disusuli untuk dua tahun. Pembedahan yang digunakan adalah 'banding gastrik boleh laras secara laparoskopi' (band gastrik yang diletakkan di sekitar pintu masuk perut dengan cara pembedahan 'lubang kekunci'). Kumpulan kawalan menerima program yang terdiri daripada pengurangan pengambilan tenaga(pelan pemakanan individu yang di antara 800 sehingga 2000 kcal sehari, bergantung pada umur dan berat badan), peningkatan aktiviti(dengan sasaran 10,000 langkah sehari) dengan satu jadual senaman berstruktur yang sekurang-kurangnya 30 minit sehari dan pengubahsuaian tingkah laku.

Keputusan utama

Remaja Australia(lebih banyak perempuan daripada lelaki) dengan purata umur 16.5 dan 16.6 tahun dalam kumpulan banding gastrik dan kumpulan 'gaya hidup' telah mengambil bahagian dalam kajian. Penulis kajian tersebut telah melaporkan purata penurunan berat badan sebanyak 34.6kg selepas dua tahun, bersamaan dengan perubahan dalam unit index jisim tubuh(kg/m²) sebanyak 12.7 untuk kumpulan banding gastrik; dan purata penurunan berat badan sebanyak 3.0kg bersamaan dengan perubahan unit index jisim tubuh sebanyak 1.3 untuk kumpulan intervensi gaya hidup. Kesan sampingan telah dilaporkan dalam 12 daripada 25(48%) peserta dalam kumpulan intervensi dan 11 daripada 25(44%) dalam kumpulan kawalan. Seramai 28% daripada remaja yang menjalani banding gastrik memerlukan satu 'prosedur revisional'(pembedahan disebabkan komplikasi dari pembedahan banding gastrik). Tiada data yang dilaporkan untuk sebab semua kematian, perubahan tingkah laku, pandangan peserta terhadap intervensi dan kesan sosioekonomi. Pada dua tahun, peserta banding gastrik adalah lebih baik berbanding dengan peserta gaya hidup dalam dua daripada lapan konsep kualiti hidup berkaitan dengan kesihatan yang diukur berdasarkan Soal Selidik Kesihatan Kanak-kanak(Child Health Questionnaire)(markah kefungsian fizikal(94 berbanding 78), norma-norma komuniti 95) dan perubahan markah kesihatan(4.4 berbanding 3.6, norma-norma komuniti 3.5).

Kualiti bukti

Keputusan kami ini adalah terhad pada tempoh susulan selama dua tahun dan adalah berdasarkan satu kajian kecil di Australia dengan beberapa risiko berat sebelah yang dijalankan di hospital swasta, penerimaan pembiayaan daripada pengeluar banding gastrik. Pada masa ini, tiada bukti yang mencukupi untuk membuat pertimbangan yang tepat tentang pembedahan sebagai rawatan untuk obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Status bukti

Bukti ini adalah terkini sehingga Mac 2015.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor's University, Malaysia). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Tools
Information
Share/Save