Aspirasi pneumotoraks pada bayi dengan jarum kecil berbanding tiub yang lebih besar yang diletakkan melalui ruang intercostal

Soalan ulasan: Adakah penggunaan jarum untuk pneumotoraks aspirasi berbanding dengan tiub intercostal (tiub yang dimasukkan di antara tulang rusuk) mengurangkan kematian pada bayi baru lahir?

Latar belakang: Pneumotoraks adalah kehadiran udara dalam ruang pleural (ruang antara paru-paru dan dinding dada). Ia adalah suatu keadaan yang serius pada bayi baru lahir yang mungkin dirawat dengan aspirasi jarum atau penempatan tiub dada. Aspirasi jarum adalah kurang invasif dan mungkin mengelakkan keperluan untuk kemasukan tiub dada, dengan itu mengurangkan tempoh hospitalisasi. Namun begitu, kegagalan aspirasi jarum mungkin mengakibatkan keperluan untuk kemasukan tiub dada, satu prosedur invasif tambahan. Ulasan sistematik ini mencernakan bukti yang ada mengenai keberkesanan kedua-dua teknik dalam rawatan pneumotoraks untuk bayi.

Ciri-ciri kajian: Kami merangkumi satu kajian (mendaftarkan 70 bayi yang baru lahir) yang membandingkan aspirasi jarum diikuti dengan penyingkiran segera ke penempatan tiub dada untuk rawatan pneumotoraks dan satu kajian (72 bayi yang baru lahir) yang membandingkan aspirasi jarum dengan angiocatheter yang ditinggalkan setempat ke penempatan tiub dada untuk rawatan pneumotoraks. Bukti ini adalah terkini sehingga Jun 2018.

Keputusan utama Penggunaan aspirasi jarum berbanding penempatan tiub dada tidak mengurangkan kematian atau sebarang komplikasi yang berkaitan dengan prosedur. Kira-kira 30% daripada bayi dengan pneumotoraks yang dirawat dengan aspirasi jarum diikuti oleh penyingkiran segera tidak memerlukan penempatan tiub intercostal; tiada bayi dengan pneumotoraks yang dirawat dengan aspirasi jarum yang tinggal setempat memerlukan penempatan tiub intercostal. Walau bagaimanapun, banyak faktor boleh menerangkan penemuan ini.

Kualiti bukti: Dua kajian kecil yang dikenalpasti tidak membekalkan maklumat yang mencukupi untuk menentukan yang mana satu teknik adalah lebih baik untuk merawat pneumothorax dalam neonate. Walau bagaimanapun, nampaknya aspirasi jarum mungkin mengurangkan keperluan untuk tiub intercostal dalam perkadaran yang berkaitan dengan bayi baru lahir.

Nota terjemahan: 

Ditejemahkan oeh Foo Sook Lee (RCSI & UCD Malaysia Campus). Dikemaskini oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@hotmail.com

Tools
Information