"Back School" untuk merawat sakit kronik bahagian bawah belakang

Latar belakang

Ramai orang dengan sakit bahagian bawah belakang (LBP)mencari rawatan yang mengurangkan keterukan gejala mereka menjadi pengguna kerap perkhidmatan kesihatan. "Back School" terdiri daripada satu program terapeutik yang diberikan kepada sekumpulan orang yang merangkumi pendidikan dan latihan. Sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1969, "Back School" Sweden telah kerap digunakan dalam rawatan LBP. Namun, kandungan"Back School" telah berubah mengikut masa dan kelihatan banyak berbeza hari ini.

Soalan ulasan

Kami mengulas bukti tentang kesan "Back School" terhadap kesakitan dan ketakupayaan dalam kalangan orang dewasa dengan LBP tanpa sebab spesifik yang berlanjutan lebih dari 12 minggu berbanding dengan tiada rawatan, rawatan penjagaan perubatan, rawatan fisioterapi, atau senaman. Kami sertakan kesan buruk sebagai hasil sekunder. Dalam kajian-kajian yang hanya merekrut pekerja, kami juga mengkaji kesan terhadap status kerja.

Ciri-ciri kajian

Dalam kemaskini ini kami mencari kajian-kajian yang diterbitkan dan tidak diterbitkan sehingga 15 November 2016. Kami sertakan 30 kajian dengan 4105 peserta membandingkan "Back School" dengan tanpa rawatan, penjagaan perubatan, fisioterapi pasif (aplikasi rawatan fisioterapi) atau terapi senaman. Semua kajian melibatkan populasi yang sama iaitu orang-rang yang mengalami LBP kronik yang tidak spesifik.

Keputusan utama

Tidak kira perbandingan yang telah digunakan (serta hasil yang disiasat), keputusan meta-analisis menunjukkan tiada perbezaan atau kesan remehyang menyokong "Back School". Oleh kerana kekurangan maklumat mengenai kesan buruk dan status kerja, kami tidak dapat mengumpulkan data secara statistik.

Kualiti bukti

Oleh kerana kualiti bukti yang rendah hingga sangat rendah untuk semua perbandingan rawatan, hasil dan tempoh susulan yang disiasat, adalah tidak pasti jika "Back School" berkesan untuk sakit kronik bahagian bawah belakang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information