Sclerotherapy Versus Beta-blockers untuk prophylaxis primer pendarahan penyakit variceal di kalangan kanak-kanak

Latar belakang

Portal hipertensi ditakrifkan sebagai peningkatan tekanan darah dalam sistem urat (sejenis kurat darah) yang dipanggil sistem vena portal, yang mengalir darah dari saluran gastrousus (usus) dan limpa ke hati. Portal hipertensi biasanya mengiringi penyakit hati yang serious dan sering menimbulkan komplikasi yang mengancam nyawa, termasuk pendarahan (buasir) dari oesofagus (paip makanan) dan varices gastrousus (urat yang diperbesarkan atau bengkak).

Berikutan pelbagai ujian klinikal rawak (kajian di mana peserta dibahagikan ke dalam salah satu daripada dua atau lebih kumpulan secara rawak) menunjukkan keberkesanan ubat-ubatan yang dipanggil Beta-blockers dan ligasi endoskopik variceal (di mana urat yang diperbesarkan terikat atau diligat oleh band getah melalui”illuminated optical”, dan peralatan tiub yang digunakan untuk melihat ke dalam badan) dalam mengurangkan kejadian pendarahan variceal, rawatan untuk mencegah pendarahan pertama variceal (dipanggil prophylaxis primer) menjadi standard penjagaan di kalangan orang dewasa. Walau bagaimanapun, ia tidak diketahui sama ada intervensi ini akan mendatangkan manfaat atau kemudaratan apabila digunakan di kalangan kanak-kanak. Oleh kerana saiz endoskopik ligator, sclerotherapy (suntikan endoskopik tisu yang menyebabkan penghapusan saluran darah) adalah satu-satunya endoskopik prophylactic pilihan yang sedia ada untuk bayi yang beratnya kurang daripada 10 kg.

Tujuan

Kami bertujuan untuk menjalankan kajian semula secara sistematik mengenai ujian klinikal rawak untuk menilai manfaat dan kemudaratan sclerotherapy Versus Beta-blockers untuk mencegah pendarahan oesofageal variceal di kalangan kanak-kanak dengan penyakit hati kronik atau Portal vein thrombosis ( tersumbat atau mengecil Portal urat (saluran darah yang membawa darah ke hati dari usus) oleh darah beku). Kami mencari kajian-kajian sehingga Februari 2019.

Keputusan utama

Kami mendapati tiada ujian klinikal rawak untuk dimasukkan dalam kajian ini. Oleh itu, kami kekurangan hasil kajian daripada ujian klinikal rawak untuk menyimpulkan bahawa sclerotherapy Versus Beta-blockers mungkin bermanfaat atau tidak apabila digunakan sebagai prophylaxis primer penyakit varices di kalangan kanak-kanak dan remaja dengan penyakit hati atau Portal vein thrombosis. Terdapat keperluan untuk kajian yang direka dengan baik yang harus merangkumi hasil klinikal yang penting seperti kematian, kegagalan untuk mengawal pendarahan, dan kesan sampingan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Diisunting oleh Chan MW.(RCSI & UCD malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information