Chlorpromazine berbanding metiapine untuk skizofrenia

Tujuan ulasan ini adalah untuk mengulas bukti berkualiti baik untuk membandingkan keberkesanan chlorpromazine dengan metiapine untuk skizofrenia.

Latar belakang

Skizofrenia adalah penyakit mental yang melumpuhkan dan kekal di seluruh dunia. Orang dengn skizofrenia kerap mengalami simptom positif seperti khayalan dan halusinasi, dan simptom negatif seperti apati (kurang minat) dan hilang emosi.

Ubat-ubatan antipsikotik telah berjayaa merawat simptom positif tetapi simptom negatif masih sukar dirawat dan biasanya ia tidak respon kepada antipsikotik rutin. Tambahan pula, ubatan antipsikotik kerap mempunyai kesan sampingan yang tidak menyenangkan.

Chlorpromazine adalah antipsikotik sedia ada dengan luas dan tidak mahal yang diperkenalkan pada 1950-an dan dianggap sebagai rawatan penanda aras untuk skizofrenia di seluruh dunia. Penyelidikan awal menunjukkan chlorpromazine membantu penambahbaikan global dan berkesan mencegah relaps berbanding plasebo (rawatan dummy). Walau bagaimanapun, sesetengah kesan-kesan sampingan chlorpromzaine, terutamanya insiden gangguan pergerakan, dilaporkan sebagai serius atau melemahkan. Metiapine adalah ubatan antipsikotik yang relatif baharu, dilaporkan berkesan dalam merawat simptom skizofrenia dan kurang kesan sampingan. Walau bagaimanapun, pada masakini tiada maklumat berkualiti baik tentang keberkesanan metiapine yang dibandingkan secara langsung kepada chlorpromazine.

Carian bukti

Dalam November 2015, kumpulan Maklumat Pakar Skizofrenia Cochrane mencari daftar khusus mereka untuk kajian-kajian klinikal yang relevan. Carian tersebut mengenalpasti empat laporan. Kami mengkaji laporan-laporan tersebut dan mendapati ia merujuk kepada tiga kajian, yang merawak orang dengan skizofrenia untuk menerima chlorpromazine atau metiapine.

Keputusan utama

Ulasan kami sekarang memasukkan tiga kajian dengan 161 peserta. Kajian-kajian tersebut tidak menunjukkan perbezaan benar antara chlorpromazine dan metiapine untuk penambahbaikan keadaan global atau insiden parkinsonisme (istilah payungan untuk simptom seperti tremor (menggeletar), bradikinesia (pergerakan lambat), rigidity (kekakuan), dan ketidakstabilan postur (kesukaran mengimbang). Tiada data dilaporkan untuk bidang lain yang diminati: keadaan mental, penggunaan servis, kepuasani rawatan, tingkah laku atau kos penjagaan.

Kesimpulan

Kami tidak dapat membuat kesimpulan kukuh daripada data tersedia. Bilangan kajian dan peserta dalam setiap kajian adalah kecil, semua kajian juga berjangka pendek. Oleh itu, kami menilai bukti yang dilaporkan berkualiti sangat rendah. Walau bagaimanapun, metiapine tidak kerap dipreskrib atau diguna, jadi walaupun bukti kami rendah, ia mungkin kekal sebagai bukti sedia ada terbaik kerana kajian baru membandingkan metiapine dengan chlorpromazine tidak mungkin dilaksanakan pada masa hadapan.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information