Kawalan lalat bagi mencegah cirit birit dalam kalangan kanak-kanak

Apakah matlamat ulasan ini?

Bagi menentukan samada pengawalan lalat dapat mencegah cirit birit dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun.

Mesej-mesej utama

Hasil-hasil ulasan ini adalah terhad kerana kami telah masukkan hanya satu kajian, yang mencadangkan kawalan lalat melalui penyemburan racun serangga mungkin mengurangkan cirit birit dalam kanak-kanak semasa ‘musim lalat’ bilamana kejadian kedua-duanya lalat dan cirit birit memuncak. Penyelidikan lanjutan ke atas kesan-kesan di persekitaran yang lain diperlukan, juga penyelidikan ke atas kaedah-kaedah kawalan lalat, pelaksanaannya, kesan-kesan, kos, dan kebolehterimaan.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?

Cirit birit merupakan sebab lazim kematian dalam negara-negara miskin. Walaupun kita tahu lalat menyebar agen-agen yang menyebabkan cirit birit, kesan-kesan program kawalan lalat tidak menjadi sebahagian kebanyakan program mempromosi kesihatan.

Penyelidik-penyelidik Cochrane mencari kajian-kajian yang ada sehingga 24 Mei 2018 dan memasukkan satu kajian (491 kanak-kanak di bawah umur lima tahun). Kajian ini dijalankan melibatkan lapan kampung di Pakistan dan menguji kesan-kesan penyemburan racun serangga dan perangkap lalat yang diumpan ke atas populasi lalat, dan kejadian cirit birit dalam kanak-kanak.

Apakah keputusan-keputusan utama ulasan?

Penyemburan racun serangga hampir menghapuskan lalat dan terdapat kurang 23% kes cirit birit dalam kanak-kanak yang tinggal di kampung yang disembur bila dibandingkan kepada kampung-kampung yang tidak disembur. Ini disebabkan kesan ke atas kejadian cirit birit semasa musim lalat tetapi bukan dalam musim ketiadaan lalat (bukti berkeyakinan rendah). Perangkap lalat yang diumpan mungkinnya tidak berkesan dalam pengawalan lalat dan cirit birit berbanding kepada kampung-kampung yang tidak mempunyai perangkap lalat (bukti berkeyakinan rendah).

Sehingga manakah ulasan ini dikemaskini?

Pengarang-pengarang ulasan telah mencari kajian yang ada sehingga 24 Mei 2018.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S. Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information