Adakah gabungan aclidinium dan beta2-agonist bertindak panjang berkesan dan selamat untuk orang yang COPD stabil?

Latar Belakang

Penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) adalah penyakit paru-paru yang lmenyebabkan saluran pernafasan sempit Akibatnya, orang dengan COPD mengalami gejala sesak nafas dan batuk dengan pengeluaran kahak yang semakin menjadi lebih teruk dari masa ke masa. Ia adalah disebabkan terutamanya oleh merokok atau menyedut habuk. Pada orang yang mempunyai COPD, inhaler yang mengandungi ubat-ubatan untuk meluaskan saluran pernafasan umumnya diberikan untuk melegakan gejala. Ubatan bertindak panjang yang tindakan berlangsung selama sekurang-kurangnya setengah hari atau sehari adalah pilihan Aclidinium dan formoterol (ubat beta2-agonist bertindak panjang) adalah inhaler tersebut. Kami ingin mengetahui gabungan aclidinium dan beta2-agonist bertindak panjang berbanding dengan inhaler sahaja dan dummy (plasebo) inhaler.

Ciri-ciri Kajian

Kami hanya boleh mengenal pasti kajian mengenai kombinasi aclidinium dan formoterol dan termasuk tujuh kajian melibatkan 5921 orang dengan COPD yang terdiri daripada empat minggu hingga satu tahun. Kebanyakan peserta adalah lelaki berusia 60-an, perokok sederhana hingga berat, kira-kira separuh daripada mereka adalah perokok semasa. Mereka mempunyai gejala-gejala COPD yang sederhana hingga serius apabila mereka memulakan rawatan Peserta kajian mengambil sama ada inhaler gabungan aclidinium dan formoterol atau aclidinium atau formoterol atau plasebo melalui inhaler yang serupa. Kedua -dua orang yang melakukan penyelidikan dan orang -orang dalam kajian tidak tahu rawatan yang mana mereka dapati. Kesimpulan ulasan ini adalah terkini hingga Oktober 2018.

Keputusan Utama

Orang yang mengambil inhaler gabungan dan inhaler aclidinium tidak berbeza dari segi flare-ups yang memerlukan ubat-ubatan tambahan, kualiti hidup, kemasukan ke hospital, kesan sampingan atau kesan sampingan yang serius. Walau bagaimanapun, mereka adalah kurang sesak nafas daripada orang-orang yang mengambil aclidinium inhaler. Empat belas orang dengan COPD perlu dirawat dengan inhaler gabungan untuk memiliki keputusan seorang peserta peningkatan yang ketara secara klinikal dari segi simptom.

Peserta-peserta yang mengunakan inhaler gabungan didapati mempunyai lebih kurang flare-ups, kesan sampingan, simptom dan memiliki kehidupan yang lebih berkualiti berbanding dengan mereka yang menguna formoterol inhaler Walaubagaimanapun, perbezaan yang sedikit atau tiada dalam kemasukan hospital akibat flare-ups teruk, kesan sampingan yang serius atau risiko meninggal.

Jika dibandingkan dengan inhaler plasebo, orang yang mengambil inhaler gabungan mengalami lebih kurang simptom sesak nafas dan kualiti hidup yang lebih baik. Tujuh peserta dengan COPD perlu dirawat dengan gabungan inhaler untuk mencapai peningkatan yang signifikan dalam kualiti hidup berbanding inhaler plasebo. Untuk segi flare-ups, kemasukan hospital, kesan sampingan, kesan sampingan yang serius dan kematian, tidak ada perbezaan antara inhaler gabungan dan plasebo.

Paru-paru berfungsi lebih baik dalam golongan yang mengambil inhaler gabungan dibandingkan dengan golongan yang mengambil sejenis ubat atau inhaler plasebo.

Kualiti Bukti

Kami telah menafsirkan keputusan dengan teliti kerana semua kajian yang disertakan telah ditaja oleh syarikat farmaseutikal, yang mungkin membawa kepada kecenderungan Walau bagaimanapun, kajian yang dirangkumkan secara umumnya dijalankan secara sistematik dan boleh diterima. Kami yakin bahawa inhaler gabungan lebih berkesan daripada inhaler tunggal atau dummy untuk mengurangkan simptom sesak nafas dan meningkatkan fungsi paru-paru. Walau bagaimanapun, kami kurang pasti tentang kesannya terhadap suar-suar, kemasukan hospital, kualiti hidup dan kesan sampingan.

Kesimpulan

Inhaler gabungan lebih berkesan daripada inhaler individu atau dummy untuk melegakan sesak nafas dan meningkatkan prestasi paru-paru. Inhaler gabungan juga membawa kepada kualiti hidup yang lebih baik daripada inhaler formoterol atau dummy. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan dari bandingan inhaler individu dan plasebo dari segi suar-suar atau kemasukan ke hospital. Inhaler gabungan ini mempunyai profil keselamatan yang sama seperti inhaler individu atau dummy dari segi kematian, kesan sampingan atau kesan sampingan yang serius. Inhaler gabungan mungkin mempunyai kesan sampingan yang lebih rendah dan suar sederhana daripada formoterol, tetapi kajian lebih lanjut diperlukan untuk menyokong dapatan ini dengan keyakinan. Ringkasnya, inhaler gabungan adalah pilihan yang berkesan untuk rawatan COPD dan kelihatan mempunyai profil keselamatan yang sama untuk inhaler individu atau dummy.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Amanda Yap Qiao Ying (Hospital Pulau Pinang). Disunting oleh Teh Keng Hwang (UniSHAMS). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi amandayapqy@gmail.com

Tools
Information