Rawatan untuk jangkitan kronik paru-paru Staphylococcus aureus dalam kalangan orang dengan fibrosis sistik

Soalan ulasan

Kami mencari bukti untuk mengetahui sama ada rawatan antibiotik jangka panjang jangkitan kronik Staphylococcus aureus sensitif-methicillin (MSSA) dalam kalangan orang dengan fibrosis sistik akan memperbaiki hasil klinikal dan keputusan yang lebih baik untuk ukuran jangkitan.

Latar belakang

Fibrosis sistik adalah satu keadaan yang diwarisi dan menyebabkan lendir tebal mengumpul di dalam paru-paru dan mengakibatkan jangkitan bakteria yang berterusan. Staphylococcus aureussensitif-methicillin (juga dikenali sebagai MSSA), adalah nama yang diberi kepada sejenis bakteria tertentu yang menjadi penyebab lazim jangkitan paru-paru dalam kalangan orang dengan fibrosis sistik. Ia boleh menyebabkan jangkitan jangka panjang dalam kalangan orang dengan fibrosis sistik yang menerukkan fungsi paru-paru dan keseluruhan hasil klinikal yang buruk. Pada masa ini, tiada garis panduan berdasarkan keputusan kajian wujud untuk memaklumkan doktor cara terbaik merawat jangkitan ini dalam kalangan orang dengan fibrosis sistik. Ini adalah versi ulasan yang dikemaskini.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 09 Februari 2018.

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati 58 kajian di dalam arian kami, tetapi tidak mendapati kajian yang membandingkan pelbagairawatan untuk keadaan ini dalam kalangan orang dengan fibrosis sistik. Oleh itu, tiaa kajian-kajian yang layak dimasukkan dalam versi terkini ulasan ini.

Keputusan utama

Walaupun Staphylococcus aureus sensitif-methicillin merupakan penyebab jangkitan paru-paru yang penting dan lazim dalam kalangan orang dengan fibrosis sistik, tidak wujud persetujuan tentang rawatan terbaik untuk jangkitan jangka panjang. Ulasan ini menekankan perlunya kajian dengan reka bentuk baik untuk menentukan strategi pengurusan terbaik jangkitan Staphylococcus aureus sensitif-methicillin kronik dalam kalangan orang dengan fibrosis sistik.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save