Rawatan untuk psoriasis guta akut, tidak termasuk ubat yang bertujuan untuk mengubati jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus

Soalan ulasan

Tujuan ulasan ini adalah untuk mengetahui rawatan antistreptokokus yang berbeza-beza (iaitu ubat yang tidak bertujuan untuk membasmi jangkitan streptokokus) untuk merawat psoriasis guta akut atau cetusan guta akut pada psoriasis kronik dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak, dan sejauh mana ianya selamat berbanding dengan plasebo (rawatan seiras tetapi tidak aktif) atau rawatan lain. Ini sesuatu yang penting kerana kekurangan maklumat dan bukti tentang cara yang terbaik untuk merawat psoriasis guta. Pengulas telah mengumpul dan menganalisis semua kajian yang berkaitan untuk menjawab soalan ini dan mereka menjumpai satu kajian.

Latar belakang

Psoriasis adalah penyakit kulit kronik yang dicirikan oleh kulit yang bertompok merah, mengeripik dan bertutup dengan sisik (dikenali sebagai plak). Kira-kira 2% orang menghidap psoriasis. Psoriasis guta adalah sejenis psoriasis yang dicirikan oleh lesi yang lebih kecil dan lebih biasa dtemui pada kanak-kanak dan orang muda. Rawatan untuk psoriasis guta bertujuan untuk menghilangkan kulit berlesi selama yang mungkin, dan ianya termasuk ubat-ubatan topikal (digunakan pada kulit) atau oral (diambil melalui mulut); fototerapi (iaitu terapi lampu ultraviolet); dan ubat-ubatan biologi (yang dengannya organisma hidup menghasilkan bahan aktif). Adalah tidak diketahui rawatan mana yang berfungsi dengan baik dalam menghilangkan lesi psoriasis guta dan sama ada ianya selamat.

Ciri-ciri ulasan

Pengulas telah menemui satu kajian berkaitan yang membandingkan kesan pemberian suntikan dua emulsi lipid (lemak) yang berbeza ke dalam vena dua kali setiap hari selama 10 hari: satu emulsi (dua atau lebih cecair yang sering tidak bercampur) berpunca daripada minyak ikan, dan yang satu lagi berpunca daripada minyak soya. Peserta diikuti selama 40 hari. Kajian tersebut dijalankan di Jerman melibatkan seramai 21 orang dewasa (18 lelaki dan 3 wanita) pesakit psoriasis guta akut yang berada di hospital, berumur 21 hingga 65 tahun, dengan 25% min permukaan kulit. Kajian ini dibiayai oleh syarikat yang menghasilkan emulsi minyak.

Keputusan utama

Antara rawatan yang pengulas dapati tiadanya bukti termasuk fototerapi dan ubat-ubatan topikal, oral, dan biologi. Satu-satunya kajian yang dikenal pasti tidak mengukur kedua-dua hasil yang ditumpukan: peratusan orang yang dirawat dengan kulit menjadi bersih (atau hampir bersih) daripada lesi; dan kesan sampingan, atau mudarat daripada rawatan tersebut.

Kebanyakan hasil sekunder juga tidak diukur, termasuk psoriasis guta yang semakin teruk atau perulangan dalam tempoh enam bulan selepas rawatan selesai; dan peratusan peserta yang mencapai Indeks Keparahan Kawasan Psoriasis 75 atau Penilaian Global Doktor 1 atau 2. Kajian yang disertakan tidak melaporkan ukuran untuk sebarang mudarat daripad rawatan; walau bagaimanapun, penulis kajian melaporkan jarang kejadian kerengsaan kulit di tempat suntikan, tetapi tidak memberikan jumlah peserta yang terjejas.

Peserta kajian menilai dengan sendiri beberapa hasil, termasuk kemunculan lesi kulit, kesan pada kehidupan seharian, kegatalan, kepedihan, dan kesakitan. Selepas 10 hari rawatan, peserta kajian yang menerima emulsi lipid berpunca daripada minyak ikan (75% orang dalam kumpulan ini) menilai sebagai penambahbaikan yang lebih daripada mereka yang menerima emulsi lipid yang berasal daripada minyak soya (18% orang dalam kumpulan ini). Walau bagaimanapun, keputusan ini tidak pasti kerana ianya berdasarkan kepada kualiti bukti yang sangat rendah.

Bukti tersebut adalah terkini sehingga Jun 2018.

Kualiti bukti

Pengulas menilai kualiti bukti sebagai sangat rendah.

Pengulas beranggapan bahawa kajian ini mungkin berisiko untuk bias disebabkan oleh batasan dalam reka bentuknya, dan hanya sebilangan kecil orang yang dimasukkan dalam kajian ini. Di samping itu, kajian ini hanya melibatkan orang dewasa, walaupun psoriasis guta lebih biasa ditemui pada kanak-kanak.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Syarifah Amirah Balqis Awang (Lincoln University College). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi syamirahbalqis3@gmail.com.

Tools
Information