Ubat untuk menghentikan penggunaan benzodiazepin jangka panjang

Latar belakang

Benzodiazepin digunakan secara meluas untuk kegunaan jangka panjang walaupun cadangan penggunaan hanya untuk jangka pendek. Selalunya sukar untuk menghentikan benzodiazepin selepas lebih daripada beberapa minggu rawatan disebabkan oleh perkembangan pergantungan fizikal dan psikologi. Ulasan ini bertujuan menilai kesan dan keselamatan ubat-ubatan untuk memudahkan pemberhentian benzodiazepin dalam pengguna benzodiazepin kronik.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga Oktober 2017.

Ciri-ciri kajian

Kami mengenal pasti 38 kajian rawak terkawal yang melibatkan 2543 peserta yang telah dirawat selama lebih daripada dua bulan dengan benzodiazepin, atau yang telah didiagnosis dengan pergantungan pada benzodiazepin. Kami termasuk kajian tanpa mengira sama ada benzodiazepin ditetapkan untuk kebimbangan, insomnia, atau sebarang keadaan lain.

Umur purata peserta adalah sekitar 50 tahun, dan kebanyakkan peserta adalah wanita dalam kebanyakan kajian. Dua puluh empat kajian telah dijalankan di Eropah; lapan kajian di AS atau Kanada; dan enam kajian di Asia. Kajian ini melibatkan pelbagai ubat untuk memudahkan pengurangan atau penghentian penggunaan benzodiazepin. Empat belas daripada 38 kajian termasuk sebahagiannya dibiayai oleh pengilang ubat; sembilan kajian dibiayai oleh agensi kerajaan; dan 15 kajian tidak menyatakan sumber pendanaan. Tempoh kajian antara 1 hingga 24 minggu; tempoh purata kajian adalah 9 minggu.

Keputusan-keputusan utama

Kami mengekstrak data pada 18 perbandingan yang berbeza dengan jumlah 2295 peserta. Kami tidak pasti sama ada valproate dan tricyclic antidepresan meningkatkan peluang untuk menghentikan benzodiazepin, dan sama ada gejala penarikan diri daripada benzodiazepin dikurangkan dengan pregabalin, captodiame, paroxetine, tricyclic antidepresan, dan flumazenil, kerana kami menilai kualiti bukti sebagai sangat rendah. Kami tidak pasti sama ada gejala kebimbangan selepas penarikan diri daripada benzodiazepin dikurangkan oleh carbamazepine, pregabalin, captodiame, paroxetine, dan flumazenil, kerana kami menilai kualiti bukti sebagai sangat rendah. Kesan ubat-ubatan yang dinilai adalah terlalu tidak menentu untuk memaklumkan kepada amalan klinikal kerana risiko kecenderungan (kesilapan sistematik dengan overestimation manfaat dan meremehkan kemudaratan) dan risiko terjadinya peluang (kesilapan rawak memberikan sebarang hasil). Toleransi dan keselamatan kurang dilaporkan dalam kajian-kajian yang termasuk, menjadikannya mustahil untuk menilai keseimbangan antara kemungkinan manfaat dan kesan buruk. Akibatnya, tiada kesimpulan tentang keberkesanan intervensi.

Kualiti bukti

Kualiti bukti pada umumnya adalah rendah atau sangat rendah disebabkan oleh bilangan kajian yang sedikit termasuk bilangan peserta yang terhad bagi setiap perbandingan; keputusan berbeza merentasi kajian; reka bentuk kajian yang lemah; dan menyatakan penglibatan kewangan industri farmaseutikal. Oleh itu, kajian rawak terkawal diperlukan tanpa risiko berat sebelah dan hasil ketara secara rawak yang melibatkan penilaian jangka panjang peserta yang dilakukan tanpa penglibatan industri.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Dr Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save