Langkau ke kandungan utama

Asenapine berbanding plasebo untuk skizofrenia

Soalan ulasan

Asenapine merupakan ubat antipsikotik baru yang dihasilkan pada awal ke pertengahan 1990-an. Ulasan ini melihat pada kesan asenapine dalam rawatan skizofrenia berbanding plasebo.

Latar belakang

Pesakit skizofrenia kerap mempunyai ‘simptom positif’, seperti kedengaran suara, kelihatan benda (halusinasi) dan kepercayaan aneh (khayalan). Pesakit juga mempunyai ‘simptom negatif’, termasuk kehilangan emosi, semangat, pengasingan sosial, kurang keseronokan dan kesukaran bercakap dan berkomunikasi. Penyakit pemikiran, keresahan dan kemurungan adalah biasa. Rawatan utama untuk simptom-simptom skizofrenia tersebut adalah ubat antipsikotik, yang terbahagi kepada ubat lama (tipikal atau generasi pertama) dan ubat baru (atipikal atau generasi kedua). Ubat-ubat tersebut lazimnya mempunyai kesan sampingan serius, seperti penambahan berat badan, kekakuan otot, getaran involuntari dan keletihan. Asenapine merupakan ubat antipsikotik baru yang dihasilkan pada 1990-an. Pada masa ini tiada ulasan sistematik yang menilai kesan ubat ini.

Ciri-ciri Kajian

Ulasan ini memasukkan enam kajian melibatkan 1835 peserta. Kajian-kajian tersebut membahagi pesakit skizofrenia untuk menerima sama ada asenapine atau plasebo. Lima daripada kajian tersebut mempunyai kadar tinggi peserta menarik diri awal dan dibiayai oleh syarikat farmeseutikal.

Keputusan utama

Sesetengah bukti menyatakan bahawa asenapine, apabila dibandingkan dengan plasebo, menambahbaik simptom positif, negatif dan kemurungan skizofrenia dan pada masa yang sama mempunyai kurang risiko kesan sampingan.

Kualiti bukti

Namun, disebabkan oleh kuantiti yang sedikit dan kualiti bukti yang terhad, ia sukar untuk mencadangkan penggunaan asenapine untuk skizofrenia. Perlunya rawatan susulan berskala besar, jangka panjang, dan kajian rawak terkawal yang tiada bias untuk mengkaji kesan dan keselamatan asenapine.

Ben Gray, Senior Peer Researcher, McPin Foundation. http://mcpin.org/

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com

Petikan
Hay A, Byers A, Sereno M, Basra MK, Dutta S. Asenapine versus placebo for schizophrenia. Cochrane Database of Systematic Reviews 2015, Issue 11. Art. No.: CD011458. DOI: 10.1002/14651858.CD011458.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan