Indeks skor endoskopi untuk penilaian aktiviti penyakit dalam kolitis ulseratif

Apakah kolitis ulseratif?

Kolitis ulseratif ialah penyakit keradangan usus dicirikan oleh keradangan jangka panjang (kronik) dan ulser (luka) di lapisan usus besar yang paling dalam dan rektum. Gejala yang biasa termasuklah cirit-birit, sakit dan kekejangan perut, penurunan berat badan dan keletihan.

Apakah indeks skor endoskopi?

Indeks skor endoskopi mengukur aktiviti penyakit berdasarkan apa yang doktor dapat lihat semasa prosedur endoskopi. Endoskopi adalah prosedur bukan pembedahan yang mana kamera kecil digunakan untuk melihat saluran pencernaan. Doktor yang menjalankan endoskopi boleh menilai aktiviti penyakit menggunakan indeks tersebut, atau ini boleh dilakukan oleh doktor yang lain jika prosedur tersebut dirakam video atau diambil gambar.

Indeks endoskopi yang biasa digunakan termasuklah Skor Baron, Indeks Rachmilewitz, Indeks Keterukan Endoskopi Kolitis Ulseratif, Subskor Endoskopi Klinik Mayo, dan Indeks Keterukan Kolonoskopi Kolitis Ulseratif.

Apakah yang dikaji oleh penyelidik?

Adalah penting untuk indeks-indeks endoskopi menjadi sahih, yang bermakna ianya menilai dengan tepat apa yang diinginkan untuk diukur. Penyelidik mengkaji kesahihan pelbagai indeks endoskopi untuk menilai aktiviti penyakit dalam kolitis ulseratif. Walaupun Indeks Keterukan Endoskopi Kolitis Ulseratif, Subskor Endoskopi Klinik Mayo, dan Indeks Keterukan Kolonoskopi Kolitis Ulseratif telah menjalani pengesahan yang luas berbanding indeks yang lain, tiada satu pun instrumen ini yang telah disahkan sepenuhnya,

Apakah yang ditemui oleh penyelidik?

Penyelidik mendapati tiada indeks endoskopi yang digunakan sekarang telah disahkan dengan sepenuhnya. Penyelidikan lebih lanjut terhadap sifat operasi indeks-indeks ini adalah diperlukan kerana kekurangan instrumen skor endoskopi yang telah disahkan sepenuhnya untuk menilai aktiviti penyakit dalam kolitis ulseratif.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save