Bolehkah hembusan nitrat oksida digunakan untuk melaraskan ubat asma pada kanak-kanak dengan asma?

Latar belakang

Kami menyiasat sama ada hembusan (menghembus nafas) nitrat oksida (penanda dalam nafas yang dapat menunjukkan sejenis keradangan paru-paru) boleh digunakan untuk menyelaraskan ubat asma untuk kanak-kanak dengan asma, dan bukannya mengikuti cara biasa ubat asma diselaraskan untuk mendapatkan dos terbaik untuk kawalan penyakit asma. Tahap hembusan oksida nitrat mudah diperoleh dengan seseorang itu menghembuskan nafas ke dalam alat penganalisa tersedia secara komersial.

Ciri-ciri kajian

Kami memasukkan semua kajian rawak terkawal yang membandingkan penyelarasan ubat asma dengan rawatan klinikal biasa (kumpulan kawalan) berbanding dengan menggunakan hembusan nitrik oksida. Peserta yang terlibat dalam kajian telah dikenal pasti menghidap asma mengikut garis panduan asma yang relevan.

Bukti terkini adalah sehingga Jun 2016 ketika pencarian terakhir diselesaikan.

Ulasan ini merangkumi sembilan kajian (yang melibatkan 1426 kanak-kanak) yang telah diragamkan dalam beberapa cara, termasuk jangka masa kajian, tahap pemotongan hembusan oksida nitrat yang digunakan untuk mengubah ubat-ubatan dan cara setiap kajian menentukan peningkatan atau serangan (disebut eksaserbasi). Kajian ini berkisar antara 6 hingga 12 bulan. Nilai pemotongan hembusan oksida nitrat yang digunakan oleh kajian yang berlainan sebagai asas penurunan atau peningkatan ubat-ubatan juga diragamkan.

Purata umur peserta adalah berkisar dari 10 hingga 14 tahun.

Keputusan utama

Dalam ulasan ini, kami mendapati bahawa panduan ubat asma berdasarkan hembusan nitrik oksida (berbanding dengan kumpulan kawalan) adalah bermanfaat dalam mengurangkan bilangan kanak-kanak yang mengalami sekurang-kurangnya satu eksaserbasi sepanjang tempoh kajian. Dalam kumpulan kawalan di mana terapi berpandukan gejala klinikal, 40 kanak-kanak daripada 100 mempunyai sekurang-kurangnya satu eksaserbasi dalam tempoh 48.5 minggu, berbanding dengan 28 daripada 100 kanak-kanak di mana rawatan berpandukan hembusan nitrik oksida. Walau bagaimanapun, kami tidak menemui perbezaan antara kumpulan dalam pengukuran keterukan asma yang lain, yang mempengaruhi gejala klinikal sehari ke sehari atau dos inhalasi kortikosteroid (ubat yang digunakan untuk mengawal asma). Oleh itu, menggunakan tahap hembusan nitrat oksida untuk menyelaraskan terapi asma dapat mengurangkan jumlah serangan yang dialami oleh kanak-kanak dengan asma tetapi tidak memberi kesan pada gejala sehari ke sehari.

Kualiti bukti

Tahap bukti yang ditemui berkisar antara sederhana, ketika membandingkan kedua-dua kumpulan dengan bilangan kanak-kanak yang mengalami satu atau lebih eksaserbasi, sehingga sangat rendah ketika membandingkan jumlah eksaserbasi.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia) . Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information