Penghilang rasa sakit selepas pembedahan untuk kanak-kanak

Kesakitan biasanya dialami selepas pembedahan. Kanak-kanak cenderung untuk bergantung pada ibu bapa atau penjaga untuk memberi ubat bagi membantu menghilangkan rasa sakit. Ubat boleh diberikan ketika anak mengadu sakit (seperti yang diperlukan), atau 'sepanjang waktu' (jadual tetap, misalnya setiap empat jam).

Pada Julai 2014, kami menemui tiga kajian (ujian terkawal secara rawak) melibatkan 246 kanak-kanak di bawah umur 16 tahun. Semua kajian membandingkan dua cara pemberian ubat untuk menghilangkan rasa sakit selepas tonsilektomi (pembedahan membuang tonsil). Kajian-kajian tersebut adalah kecil, dan umumnya berkualiti rendah.

Satu kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dalam kumpulan 'sepanjang masa' mengambil lebih banyak ubat, tetapi mereka tidak dapat menghilangkan rasa sakit dengan lebih baik. Tidak ada perbezaan dalam menghilangkan rasa sakit atau kesan sampingan antara kedua-dua kumpulan. Tidak ada bukti yang cukup untuk memastikan kaedah mana yang lebih baik untuk menghilangkan rasa sakit anak selepas pembedahan. Kajian yang lebih besar dan berkualiti tinggi adalah diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Adam Linoby (Universiti Teknologi MARA). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save