Apakah rawatan yang terbaik untuk kegatalan dalam kalangan pesakit dengan penyakit buah pinggang kronik?

Apakah isunya?
Kegatalan (istilah perubatan pruritus) adalah masalah biasa bagi pesakit penyakit buah pinggang kronik (CKD). Kegatalan boleh mempengaruhi kualiti hidup dan boleh menyebabkan kemurungan atau peningkatan risiko kematian. Tidak ada garis panduan rawatan yang digunakan atau dipersetujui secara meluas untuk kegatalan yang berkaitan dengan CKD.

Apakah yang kami lakukan?
Kami menjumpai 92 kajian yang melibatkan 4466 orang yang menyiasat 30 rawatan untuk kegatalan yang berkaitan dengan CKD. Rawatan kawalan adalah rawatan plasebo atau (lebih jarang) rawatan kegatalan lain yang berkaitan dengan CKD.

Apakah yang kami temui?
Satu jenis ubat (gabapentin dan pregabalin), analog kepada neurotransmitter yang biasa muncul untuk mengurangkan kegatalan pada pesakit dengan CKD. Ondansetron, ubat anti-loya, adalah satu lagi rawatan yang dikaji dengan baik dan nampaknya tidak mempunyai kaitan dengan pengurangan kegatalan. Ubat Kappa-opioid (nalfurafine) nampaknya boleh mengurangkan kegatalan dengan sedikit. Terdapat terlalu kurang maklumat mengenai rawatan yang tertinggal untuk penilaian menyeluruh mengenai keberkesanannya dalam menghilangkan rasa gatal atau sama ada kesan anti-gatal wujudnya sama sekali.

Ketiga-tiga ubat yang disebutkan di atas dikaji dengan baik dengan bukti kualiti yang lebih tinggi. Rawatan lain yang dikaji adalah berkualiti rendah hingga sederhana.

Kajian jarang mendokumentasikan senarai lengkap kesan buruk atau kesan sampingan semasa rawatan. Walau bagaimanapun, tiada kesan buruk yang serius didokumentasikan. Penilaian yang lebih bermakna mengenai kebahayaan tidak dapat dibuat.

Kesimpulan
Ubat-ubatan yang berfungsi seperti neurotransmitter (gabapentin dan pregabalin) mengurangkan kegatalan pada pesakit dengan CKD. Intervensi lain tidak berjaya, tidak berfungsi juga atau memerlukan kajian lebih lanjut untuk membuat kesimpulan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Pang Zhi Chiing (RCSI & UCD Malaysia Campus, kelas siswazah 2020). Disunting oleh Shaun Lee (Moash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save