Penilaian terhadap keberkesanan dan keselamatan rawatan yang digunakan untuk kanak-kanak yang mengidap radangan otak

Latar belakang

Pada masa ini, terdapat ketidakpastian antara doktor mengenai penggunaan rutin untuk rawatan imunoglobulin intravena (IVIG) dalam pengurusan kanak-kanak dengan beberapa bentuk keradangan otak. Kajian ini adalah penting kerana ia adalah yang pertama untuk menilai melalui gabungan langsung sama ada menambah IVIG untuk rawatan piawaian menambah kesan bermanfaat dari segi keberkesanan dan keselamatan klinikal dalam pengurusan kanak-kanak dengan radangan otak.

Ciri-ciri kajian

Penyelidik mencari pangkalan data perubatan untuk kajian di mana tidak ada peserta ataupun yang dikaji yang rawatan diberikan (dipanggil kajian "double blind"). Keberkesanan dan keselamatan IVIG dipertimbangkan dari segi berlakunya ketidakupayaan yang ketara pada enam bulan selepas pelepasan dari hospital dan jumlah bilangan kanak-kanak mengalami sekurang-kurangnya satu kesan sampingan yang serius.

Keputusan utama dan kualiti bukti

Sehingga 30 September 2016, hanya tiga kajian melibatkan 138 kanak-kanak yang memenuhi kriteria untuk dimasukkan ke dalam ulasan ini. Ketiga-tiga kajian tersebut termasuk hanya kanak-kanak yang mempunyai virus radang otak. Satu kajian mengenai keradangan otak di Jepun, satu bentuk radang otak virus yang spesifik, menganalisis keberkesanan dan keselamatan, dan menyimpulkan bahawa rawatan IVIG tidak mempunyai kesan yang bermanfaat jika dibandingkan dengan rawatan plasebo. Dua kajian yang lain menganalisis ukuran lain, seperti tempoh tinggal hospital, masa untuk penyelesaian kekejangan, gejala yang timbul akibat kerosakan saraf dan masa untuk mengembalikan kesedaran dan membuat kesimpulan bahawa menambah rawatan IVIG adalah lebih berkesan daripada penjagaan piawaian sahaja apabila hasil ini dipertimbangkan. Kualiti bukti adalah sangat rendah kerana jumlah kanak-kanak dan kajian kecil.

Kesimpulan

Kualiti bukti dalam kajian termasuk sangat rendah, menjadikannya mustahil untuk menarik sebarang kesimpulan yang pasti dan tegas terhadap keberkesanan klinikal dan keselamatan rawatan IVIG untuk kanak-kanak yang mempunyai radang otak.

Selain itu, tiada maklumat mengenai dana sementara, untuk satu kajian, kumpulan pengarang utama bergabung dengan badan yang menaja dana: ini adalah sumber potensi konflik kepentingan yang terkenal dan oleh itu berat sebelah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save