Ubat anti-radang untuk melegakan kesakitan perineum selepas bersalin

Apakah isunya?

Selepas bersalin, ramai wanita mengalami sakit pada perineum, iaitu kawasan di antara dubur dan faraj. Ulasan Cochrane ini bertanya sama ada kesakitan ini boleh dikurangkan dengan satu dos ubat anti-radang bukan steroid (NSAID), seperti aspirin atau ibuprofen.

Mengapa ini penting?

Kesakitan yang dialami oleh sesetengah wanita dikawasan perineum selepas bersalin boleh menjadi akut jika perineum koyak semasa kelahiran, atau perlu dipotong (prosedur yang dikenali sebagai episiotomi). Seorang wanita tanpa terkoyak atau pembedahan pun sering mengalami tahap ketidakselesaan pada perineum beliau, yang boleh menjejaskan pergerakan beliau serta keupayaannya untuk menjaga bayinya. Ulasan ini adalah sebahagian daripada siri tinjauan mengenai keberkesanan ubat yang berbeza untuk menghilangkan rasa sakit diperineum dengan segera selepas kelahiran. Ulasan ini berkisar berkenaan kesan ubat yang berbeza kepada kesakitan perineum selepas bersalin. terutamanya dari kumpulan NSAID seperti asoirin dan ibubrufen.

Apakah bukti yang telah kami temui?

sebanyak 28 kajian dengan jumlah keseluruhan responden wanita seramai 4181 telah mengambil 13 jenis NSAIDs yang berbeza (aspirin, ibuprofen dan lain-lain). Kami mermasukkan semua kajian sehingga 31 Mac 2016. Kajian-kajian yang kami menemui hanya melibatkan wanita-wanita yang mempunyai trauma perineum dan tidak menyusukan anak.Kajian-kajian telah dikendalikan diantara 1967 dan 2013, adalah kecil dan tidak berkualiti. Kajian telah dijalankan antara 1967 dan 2013, adalah kecil dan tidak berkualiti.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa dos tunggal NSAID memberikan pelegaan kesakitan yang lebih besar selepas mengambil sama ada di empat jam (bukti yang berkualiti rendah) atau enam jam (bukti yang berkualiti sangat rendah) l berbanding dengan plasebo (pil tipu) atau tiada rawatan dalam penyusuan wanita yang telah mengalami trauma perineal semasa melahirkan anak. Wanita yang menerima dos tunggal NSAID juga mungkin memerlukan pelegaan kesakitan tambahan di empat jam (bukti yang berkualiti rendah) atau enam jam (bukti yang berkualiti rendah) selepas pengambilan awal berbanding wanita yang menerima plasebo atau rawatan. Tidak semua kajian menilai intervensi kesan buruk tetapi beberapa kajian melaporkan kesan buruk pada ibu seperti mengantuk, sakit kepala,kelemahan, loya, ketidakselesaan gastrik tetapi perbezaan tidak jelas dalam kejadian kesan buruk pada ibu diantara kumpulan di enam jam selepas mengambil ubat (bukti berkualiti sangat rendah). Satu kajian kecil melaporkan bahawa terdapat tiada kesan buruk pada ibu di empat jam selepas pengambilan ubat (bukti berkualiti rendah).Tiada kajian-kajian mengukur kemungkinan kesan buruk kepada bayi.Tiada kajian diukur kemungkinan kesan buruk kepada bayi.

NSAID juga muncul untuk menjadi lebih baik daripada paracetamol dalam memberikan pelegaan kesakitan di empat jam (tetapi tidak enam jam) selepas penambilan ubat, walaupun hanya tiga kajian-kajian kecil melihat perbandingan ini. Wanita yang menerima dos tunggal NSAID juga mungkin tidak memerlukan pelegaan kesakitan tambahan pada enam (tetapi tidak empat) jam selepas pentadbiran berbanding dengan wanita yang menerima paracetamol. Tiada sebarang kesan buruk ibu diperhatikan pada empat jam (satu kajian kecil). Tiga kajian kecil melaporkan kesan buruk pada ibu di enam jam selepas pengambilan tetapi tidak terdapat perbezaan yang jelas antara kumpulan. kesan buruk pada bayi tidak dilaporkan dalam mana-mana kajian-kajian yang dimasukkan dan semua kajian mengecualikan wanita yang menyusukan anak. Kesan buruk kepada bayi tidak dilaporkan dalam mana-mana kajian yang dimasukkan dan semua kajian dikecualikan wanita yang menyusukan anak.

Perbandingan dengan berbagai NSAID dan NSAID yang sama dengan dos berbeza tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang jelas dalam keberkesanannya pada mana-mana hasil utama yang diukur dalam kajian ini. Walau bagaimanapun, terdapat kurang data untuk beberapa NSAIDs.

Kajian yang dimasukkan tidak melaporkan hasil sekundar pada mana-mana ulasan ini, termasuk: penginapan dihospital dilanjutkan atau kemasukan semula ke hospital kerana sakit perineum; penyusuan bayi, sakit perineum di enam minggu selepas melahirkan bayi; pandangan wanita, kemurungan selepas bersalin atau langkah-langkah kecacatan kerana sakit perineum.

Apakah maksud ini?

Bagi wanita yang tidak menyusukan anak, dos tunggal NSAID boleh membantu dengan kesakitan perineul, selepas empat hingga enam jam. Paracetamol mungkin sama membantu. Tiada kesan sampingan yang serius telah dilaporkan, tetapi tidak semua kajian memeriksa ini. Bagi wanita yang menyusukan bayi, tiada data dan wanita-wanita ini perlu mendapatkan bantuan kerana beberapa NSAID tidak digalakkan untuk wanita yang menyusukan bayi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my..

Tools
Information
Share/Save