Ubat anti-radang untuk melegakan kesakitan perineal selepas bersalin

Apakah isunya?

Selepas bersalin, ramai wanita mengalami sakit pada perineum, iaitu kawasan di antara dubur dan faraj. Ulasan Cochrane ini bertanya sama ada kesakitan ini boleh dikurangkan dengan satu dos ubat anti-radang bukan steroid (NSAID), seperti aspirin atau ibuprofen.

Mengapa ini penting?

Kesakitan yang dialami oleh sesetengah wanita dikawasan perineum selepas bersalin boleh menjadi akut jika perineum koyak semasa kelahiran, atau perlu dipotong (dikenali sebagai episiotomi). Seorang wanita tanpa terkoyak atau pembedahan pun sering mengalami ketidakselesaan pada perineum beliau, yang boleh menjejaskan pergerakan beliau serta keupayaannya untuk menjaga bayinya. Ulasan ini berkisar berkenaan kesan ubat yang berbeza kepada kesakitan perineum selepas bersalin. Kami sedang melihat khususnya pada NSAID seperti aspirin dan ibuprofen.

Apakah bukti yang kami temui?

sebanyak 35 kajian dengan jumlah keseluruhan responden wanita seramai 5136 telah mengambil 16 jenis NSAIDs yang berbeza (aspirin, ibuprofen dan lain-lain). Kami mermasukkan kajian-kajian sehingga 9 Disember 2019. Kajian-kajian yang kami temui hanya melibatkan wanita-wanita yang mempunyai trauma perineum dan tidak menyusukan anak. Kajian dijalankan antara tahun 1967 dan 2013 dan terdapat sedikit wanita di dalamnya.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa dos tunggal NSAID akan memberi pelegaan kesakitan yang lebih besar selepas mengambil pada empat jam (bukti kepastian rendah) atau enam jam berbanding dengan plasebo (pil palsu) atau tiada rawatan dalam penyusuan wanita yang telah mengalami trauma perineal semasa melahirkan anak. Kami tidak pasti sama ada terdapat perbezaan antara NSAID dan plasebo dalam mencapai pengurangan rasa sakit yang mencukupipada enam jam.

Wanita yang menerima dos tunggal NSAID juga mungkin memerlukan pelegaan kesakitan tambahan pada empat jam (bukti kepastian rendah) selepas pengambilan ubat berbanding wanita yang menerima plasebo atau tiada rawatan. Kami tidak pasti sama ada terdapat perbezaan antara NSAID dan plasebo bagi wanita yang memerlukan penahan sakit tambahan pada enam jam (bukti kepastian yang sangat rendah). Tidak semua kajian menilai kesan buruk ubat, tetapi beberapa kajian melaporkan kesan buruk ibu seperti mengantuk, sakit kepala, kelemahan, mual, ketidakselesaan gastrik. Bukti sangat tidak berpasti mengenai perbezaan kesan buruk ibu antara NSAID dan plasebo pada enam jam selepas pentadbiran (bukti kepastian yang sangat rendah). Satu kajian kecil (90 wanita) melaporkan bahawa terdapat tiada kesan buruk pada ibu pada empat jam selepas pengambilan ubat (bukti berkualiti rendah). Tiada kajian-kajian mengukur kemungkinan kesan buruk kepada bayi.

NSAID juga mungkin lebih baik daripada paracetamol dalam memberikan penghilang rasa sakit pada empat jam selepas pemberian. Kami tidak pasti sama ada terdapat perbezaan antara NSAID dan paracetamol dalam mencapai penghilang rasa sakit yang mencukupi pada enam jam atau dalam jumlah wanita yang memerlukan penahan sakit tambahan pada empat jam selepas pentadbiran. Wanita yang menerima NSAID mungkin kurang memerlukan penahan sakit tambahan pada enam jam berbanding wanita yang menerima paracetamol. Satu kajian melaporkan bahawa tidak ada kesan buruk pada ibu dilihati pada empat jam (210 wanita). Tiga kajian kecil melaporkan kesan buruk pada ibu di enam jam selepas pengambilan tetapi kami tidak pasti sama ada perbezaan diantara kumpulan. Kesan buruk pada bayi tidak dilaporkan dalam mana-mana kajian yang disertakan dan semua kajian tidak termasuk wanita yang memberi susu ibui.

Perbandingan dengan NSAID berbeza dan dos berbeza NSAID yang sama tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang jelas dalam keberkesanannya pada mana-mana hasil utama yang diukur dalam kajian ini. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit maklumat untuk beberapa NSAID.

Kajian yang dimasukkan tidak melaporkan hasil sekundar pada mana-mana ulasan ini, termasuk: penginapan dihospital dilanjutkan atau kemasukan semula ke hospital untuk sakit perineum; penyusuan bayi, sakit perineum di enam minggu selepas melahirkan bayi; pandangan wanita, kemurungan selepas bersalin atau langkah-langkah kecacatan kerana sakit perineum.

Apakah maksudnya?

Bagi wanita yang tidak menyusu, satu dos NSAID mungkin lebih baik daripada plasebo atau paracetamol untuk sakit perineal pada empat jam. Tiada kesan sampingan yang serius telah dilaporkan, tetapi tidak semua kajian memeriksa ini. Bagi wanita yang menyusukan bayi, tiada data dan wanita-wanita ini perlu mendapatkan bantuan, kerana beberapa NSAID tidak digalakkan untuk wanita yang menyusukan bayi.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Nila Pillai (Cocrane Malaysia). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information