Terapi pasangan dan keluarga untuk gangguan tekanan selepas trauma (PTSD)

Mengapakah ulasan ini penting?

PTSD adalah keadaan yang teruk yang berkaitan dengan masalah individu dan hubungan. Terapi yang mensasarkan pasangan dan keluarga yang telah disyorkan untuk rawatan PTSD, tetapi ia adalah tidak jelas jika ini membantu dalam mengurangkan gejala trauma, dan masalah kesihatan mental atau hubungan yang lain. Ulasan terkini adalah percubaan pertama untuk merumuskan penemuan dari kajian-kajian tentang terapi pasangan dan keluarga untuk orang dewasa dengan PTSD.

Siapakah yang akan berminat dengan ulasan ini?

Orang yang mengalami trauma, serta keluarga mereka; penyelidik; dan profesional kesihatan mental.

Apakah soalan yang cuba dijawab oleh ulasan ini?

Adakah terapi pasangan atau keluarga membantu dalam merawat gejala PTSD dan masalah kesihatan mental dan hubungan yang lain berbanding dengan 'tanpa rawatan' atau jenis terapi lain?

Adakah terdapat jenis terapi pasangan dan keluarga yang lebih bermanfaat berbanding yang lain?

Kajian-kajian manakah yang dimasukkan dalam ulasan ini?

Kami memasukkan semua kajian yang diterbitkan tentang terapi pasangan dan keluarga untuk PTSD. Kami mendapati empat kajian terapi yang relevan untuk orang dewasa di mana satu orang dewasa dalam pasangan / keluarga yang telah didiagnosis dengan PTSD.

Apakah bukti yang diperolehi daripada ulasan ini?

Terdapat beberapa kajian yang berkaitan dan lebih banyak kajian adalah diperlukan untuk memastikan manfaat tentang terapi pasangan dan keluarga untuk PTSD. Empat kajian yang disertakan dalam ulasan ini memberi cadangan awal bahawa rawatan berasaskan pasangan mungkin membantu dalam mengurangkan gejala-gejala trauma bagi orang yang mempunyai PTSD. Walau bagaimanapun, manfaatnya tidak begitu jelas untuk meningkatkan kualiti hubungan atau kesihatan mental ahli keluarga.

Apakah yang harus berlaku seterusnya?

Lebih banyak kajian, yang melibatkan pelbagai jenis trauma dan pelbagai jenis terapi pasangan dan keluarga untuk PTSD, adalah diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information