Teknik klearans saluran pernafasan untuk sistik fibrosis: gambaran keseluruhan ulasan sistematik Cochrane

Kami mengulas bukti daripada ulasan Cochrane tentang kesan teknik klearans saluran pernafasan dalam kalangan orang dengan fibrosis sistik.

Latar belakang

Fibrosis sistik adalah keadaan genetik yang mengehadkan hidup dan mempengaruhi sistem respiratori dan pencernaan. Orang dengan fibrosis sistik menghasilkan lendir tebal yang terkumpul di dalam paru-paru mengakibatkan jangkitan dan keradangan dan akhirnya kepada kemerosotan fungsi paru-paru. Pesakit dengan fibrosis sistik melakukan teknik klearans saluran pernafasan sekurangnya setiap hari untuk membantu mengekalkan paru-paru tanpa lendir. Terdapat pelbagai teknik klearans saluran pernafasan, yang berbeza dari segi keperluan bantuan atau peralatan, dan kos. Teknik klearans saluran pernafasan yang dimasukkan dalam gambaran keseluruhan ini adalah fisioterapi dada konvensional, pelbagai teknik bernafas (tenik bernafas kitaran aktif, saliran autogenik), peranti yang membentuk tekanan positif (terapi tekanan ekspiratori positif (PEP) atau terapi tekanan-tinggi PEP) atau satu getaran (peralatan berayun) untuk menggerakkan lendir, dan senaman.

Keadaan tersebut adalah progresif dan sambil fungsi paru-paru merosot, teknik klearans saluran pernafasan mungkin tidak memadai. Mungkin berguna untuk menimbangkan terapi-terapi lain, seperti salina hipertonik atau dornase alfa, sebagai tambahan kepada teknik klearans saluran pernafasan. Terapi tambahan tersebut tidak dimasukkan dalam gambaran keseluruhan ini.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 29 November 2018.

Ciri-ciri kajian

Gambaran keseluruhan ini memasukkan enam ulasan Cochrane. Satu ulasan membandingkan sebarang jenis fisioterapi dada (fisioterapi dada konvensional, terapi PEP, terapi PEP tekanan-tinggi, teknik pernafasan kitaran aktif, pengaliran autogenik, senaman, peranti getaran (berayun) dengan tiada fisioterapi dada atau batuk sahaja. Baki lima ulasan memasukkan perbandingan pelbagai teknik klearans saluran pernafasan, jadi lima ulasan tersebut kerap bertindih di antara satu sama lain.

Keputusan-keputusan utama

Dalam gambaran keseluruhan ini, kami menemui bukti sederhana terapi PEP dan peralatan getaran (berayun) mempunyai kesan yang sama ke atas fungsi paru-paru (isipadu ekspiratori paksa sesaat (FEV 1) selepas enam bulan rawatan. Kami tidakdapat membuat kesimpulan definitif untuk perbandingan lain dari segi FEV1kerana kekurangan kualiti bukti semasa. Begitu juga, kami tidak dapat membuat kesimpulan definitif untuk ukuran hasil lain seperti pilihan individu dan kualiti hidup. Kemudaratan, seperti refluks asid, paru-paru rosak, batuk darah, atau kekurangan oksigen, adalah jarang disebut dalam kajian-kajian asal. Terdapat kekurangan bukti untuk menentukan jika sebarang terapi klearans saluran pernafasan lebih berisiko daripada terapi lain.

Kualiti bukti

Semua ulasan dianggap dijalankan dengan baik. Walau bagaimanapun, kajian individu yang dimasukkan ke dalam ulasan kerap tidak melaporkan maklumat terperinci yang cukup untuk membolehkan kami menentukan kualiti kajian dengan baik. Banyak kajian-kajian tidah melaporkan maklumat yang cukup ke atas ukuran hasil; adalah tidak jelas bagaimana ketiadaan maklumat ini boleh mempengaruhi keputusan. Kami memberi gred sederhana untuk bukti fungsi paru-paru apabila PEP dibandingkan dengan peralatan getaran (berayun), tetapi bukti yang membandingkan teknik klearans saluran pernafasan yang berbeza untuk hasil lain, sepert pilihan individu dan kualiti hidup adalah berkualiti rendah atau sangat rendah. Kajian jangka panjang dan berkualiti tinggi (di mana peserta dibahagikan kepada kumpulan secara rawak) yang membandingkan pelbagai teknik klearans saluran pernafasan untuk orang dengan CF adalah diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save