Vaksin untuk pencegahan jangkitan Haemophilus influenzae jenis b (Hib) yang parah kepada pesakit yang menghidap penyakit sel sabit

Soalan ulasan

Kami mengkaji bukti yang tersedia daripada percubaan terkawal secara rawak mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin konjugasi Haemophilus influenza jenis B (Hib) kepada pesakit sel sabit. Ini adalah kemaskini bagi ulasan Cochrane yang telah diterbitkan sebelum ini.

Latar belakang

Pesakit sel sabit mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti Hib , yang bertanggungjawab untuk kadar kematian yang tinggi pada kanak-kanak yang berusia di bawah lima tahun sebelum vaksinasi konjugat Hib diperkenalkan di negara-negara yang berpendapatan tinggi . Di negara-negara Afrika, dimana liputan untuk vaksinasi sangat rendah, Hib tetap menjadi salah satu penyebab bakteremia (bakteria dalam salur darah) yang utama pada kanak-kanak dengan penyakit sel sabit. Satu lagi kajian Cochrane mengenai vaksin konjugat untuk mencegah jangkitan Hib di kalangan kanak-kanak berusia lima tahun dan kebawah telah menunjukkan bahawa vaksin konjugat Hib adalah selamat dan berkesan tetapi kajian ini tidak melihat secara khusus kepada kanak-kanak dengan penyakit sel sabit, yang berisiko tinggi kepada jangkitan ini.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 18 Disember 2017.

Ciri-ciri kajian

Kami tidak menemui ujian terkawal secara rawak yang membandingkan vaksin konjugat Hib dengan plasebo (rawatan ‘dummy’) atau tiada rawatan kepada pesakit yang menghidap peyakit sel sabit.

Keputusan utama dan kualiti bukti

Tiada percubaan terkawal secara rawak terhadap vaksin ini kepada pesakit sel sabit. Namun begitu, penurunan yang drastik oleh jangkitan Hib yang parah di kalangan kanak-kanak dengan penyakit sel sabit yang bermastautin di negara berpendapatan tinggi dapat dilihat sejak vaksinasi ini diterapkan dalam jadual imunisasi kanak-kanak. Oleh itu, penerapan vaksinasi konjugat Hib sejagat di negara-negara yang berpendapatan rendah mampu meningkatkan kelangsungan hidup kanak-kanak dengan penyakit sel sabit. Tidak ada data yang mencukupi untuk membolehkan kami menilai potensi kesan vaksinasi Hib kepada golongan dewasa dengan penyakit sel sabit yang tidak menerima suntikan vaksin ini. Percubaan pada masa hadapan harus menilai jadual immunisasi Hib yang ideal kepada kanak-kanak dan golongan dewasa dengan penyakit sel sabit.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Shaamalan Murugaya (MAHSA University). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information