Modulator reseptor estrogen terpilih (SERMS) untuk wanita dengan endometriosis yang terbukti dengan biopsi

Soalan ulasan

Penulis Cochrane Review mengkaji bukti keberkesanan dan keselamatan ubat-ubatan yang dikenali sebagai selektif reseptor estrogen selektif (SERM) untuk wanita dengan endometriosis yang terbukti dengan biopsi.

Latar belakang

Endometriosis adalah penyakit yang menyerang 1 daripada 10 wanita pada usia pembiakan. Endometriosis boleh menyebabkan sakit perut dan sakit semasa kedatangan haid serta kemandulan. Penyebaran dan aktivit penyakit ini bergantung pada hormon estrogen. Rawatan perubatan terdiri daripada ubat penahan sakit untuk melegakan gejala, pil kontraseptif oral untuk mengurangkan kitaran haid, atau rawatan hormon lain seperti ubat progestogen atau alat intrauterin hormon. SERM bertujuan untuk menyekat kesan estrogen dan menawarkan janji sebagai rawatan perubatan untuk endometriosis. Kami membandingkan kesan dan keselamatan SERMS berbanding placebo atau rawatan lain untuk endometriosis.

Ciri-ciri kajian

Hanya satu percubaan terkawal secara rawak dirangkumkan dalam ulasan ini. Kajian ini membandingkan SERM ‘raloxifene’ berbanding placeobo pada 93 wanita yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan semua tanda endometriosis. Bukti adalah terkini sehingga 28 Mei 2020.

Keputusan utama

Kajian yang disertakan tidak melaporkan hasil utama penghilangan rasa kesakitan. Kejadian buruk seperti sakit pelvis, sista ovari, sakit kepala, migrain dan kemurungan tidak berbeza antara kumpulan kajian. Kami tidak pasti sama ada raloxifene memperbaiki hasil keburukan jika dibandingkan dengan placebo (1 kajian, 93 wanita; bukti berkualiti rendah). Kami tidak pasti sama ada raloxifene meningkatkan kadar perulangan endometriosis, seperti yang dibuktikan oleh biopsi, jika dibandingkan dengan placebo (1 kajian, 93 wanita; bukti berkualiti sangat rendah). Ini menunjukkan bahawa jika 28% wanita yang mengambil plasebo mengalami perulangan sakit pelvis endometriosis yang terbukti secara biopsi, antara 19% dan 62% mereka yang mengambil raloxifene akan mengalaminya juga. Hasil ini terhad kerana bukan semua wanita menjalankan laparoskopi kedua untuk mengambil sampel biopsi. Walau bagaimanapun, penulis kajian melaporkan bahawa wanita dalam kumpulan raloxifene cendurung mengalami kesakitan yang lebih awal daripada wanita dalam kumpulan plasebo. Kajian yang disertakan melaporkan bahawa pengukuran kualiti hidup tidak berbeza antara kumpulan raloxifene dan kumpulan placebo, kecuali dalam bidang kesihatan mental. Menjelang 12 bulan, skor qualiti hidup kesihatan mental lebih memihak kepada rawatan placebo (perbezaan mean 11.1, 95% selang keyakinan (CI) 0.01 hingga 21.19). Tidak ada data yang dapat digunakan mengenai kesuburan atau hasil ekonomi.

Berdasarkan kajian tunggal yang disertakan dalam tinjauan ini, pengulas tidak menemui bukti kesan manfaat SERM sebagai rawatan untuk menghilangkan rasa sakit pada endometriosis yang dirawat secara pembedahan. Sebaliknya, kajian ini diperhentikan sebelum waktunya kerana wanita yang menggunakan SERM mengalami kesakitan yang lebih awal daripada wanita yang menggunakan plasebo.

Kualiti bukti

Bukti tersebut adalah berkualiti sangant rendah. Batasan utama ulasan ini adalah hanya melibatkan satu kajian dengan melibatkan sebilangan kecil peserta dan kekurangan data hasil primer dan sekunder.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nicole Fong Chui Jiet (RCSI-UCD Medical Campus). Disunting oleh Chan Mei Wai (RCSI-UCD Medical Campus). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information